Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSesi Pelancaran Muzik Video ‘Hening Rindu’ , Terbaharu Dari Marsha Milan

    Sesi Pelancaran Muzik Video ‘Hening Rindu’ , Terbaharu Dari Marsha Milan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selepas fenomena drama ‘Lelaki Itu’, lagu nyanyian Marsha Milan, ‘Dulu Kini Dan Akhirnya’ yang menjadi lagu runut bunyi bagi drama tersebut mula trending dan mendapat perhatian ramai.

    Runut Bunyi Drama Aku Bukan Ustazah

    via Media Prima Television Networks

    Kini Marsha Milan sekali lagi memukau peminatnya dengan sumbangan terbaharunya, Hening Rindu yang turut menjadi lagu runut bunyi untuk drama televisyen TV3, Aku Bukan Ustazah.

    Lagu Hening Rindu, sebuah balada yang menggugat jiwa adalah hasil ciptaan komposer terkenal Ikhwan Fattana dan Wan Salleh, dan liriknya ditulis oleh Wan Salleh sendiri.

    Lagu ini merupakan lagu single yang ke-9 Marsha Milan bersama Alternate Records & Talents, dan sebagai usaha bagi mempromosikan lagu ini, Alternate Records & Talents telah mengadakan Sesi Pelancaran Muzik Video Hening Rindu pada hari ini bertempat di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd.

    Penuh Dengan Emosi Mendalam

    Hening Rindu adalah sebuah lagu balada yang penuh dengan emosi dan perasaan rindu yang mendalam.

    Melalui melodi yang memukau, liriknya dibuai oleh gambaran perasaan kehilangan, kenangan yang berharga, dan cinta yang abadi walaupun dipisahkan oleh jarak dan waktu.

    Lagu ini menyentuh hati pendengar dengan tema universal tentang cinta dan rindu yang dialami oleh setiap insan.

    Kesinambungan kepada Dulu, Kini dan Akhirnya

    via Media Prima Television Networks

    Muzik video Hening Rindu adalah kesinambungan kepada Dulu, Kini dan Akhirnya.

    Sebelum ini, single Marsha yang berjudul ‘Dulu Kini Dan Akhirnya’ yang merupakan lagu runut bunyi kepada drama ‘Lelaki Itu’ telah mencatat sehingga 191 ribu tontonan di YouTube dan sekaligus menjadikan lagu tersebut trending di YouTube Music di tangga ke-25 dan juga mendapat 70 Juta tontonan di aplikasi Tik Tok sehingga kini.

    ALSO READ:  Ucapan Emir Sempena Hari Lahir Mira Filzah Buat Peminat Terharu!-“His Words…”

    Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu Hening Rindu dan ‘Dulu Kini Dan Akhirnya’ nyanyian Marsha Milan yang telah mula bergema di platform iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify dan YouTube Music.

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts