Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Sesiapa Tinggal Area Rumah Rossa Sera, Tolong Telefon Jabatan Agama Islam’

    ‘Sesiapa Tinggal Area Rumah Rossa Sera, Tolong Telefon Jabatan Agama Islam’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebelum ini, nama bekas isteri kepada pelawak dan pengacara, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menjadi bualan apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.

    Terbaharu, tular pula satu tangkap layar memaparkan hantaran mesej melalui aplikasi Telegram didakwa milik Rossa.

    ‘Frust’ scandal ada orang lain?

    Menerusi tangkap layar yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story) Jannalis4_, Rossa didakwa meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang tidak didedahkan identiti berkemungkinan kekasihnya yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

    Sebelum sayang orang lain, tanyalah diri sendiri dulu tergamak tak mainkan perasaan orang lain?

    Layan perempuan lain di belakang saya.

    Hantaran mesej itu meraih perhatian Jannalis4_ yang memaklumkan itulah perasaan yang dirasai isteri kepada kekasihnya itu terhadap perbuatan yang dilakukan Rossa.

    Pandai Rossa bila lelaki itu ada betina lain kau marah.

    Kau tak tahu pula yang kau dah aniaya anak isteri orang sampai hancur.

    Individu berkenaan juga menggesa mana-mana individu yang duduk berdekatan dengan kediaman Rossa untuk melaporkan perbuatannya kepada Jabatan Agama Islam.

    Sesiapa tinggal ‘area’ tempat Rossa tolonglah telefon majlis agama biar dia kena tangkap.

    Rossa memang suka sondol lelaki orang.

    Terdahulu, Rossa didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

    Menerusi pendedahan yang dibuat, individu terbabit mendakwa hubungan tersebut masih terjalin meskipun si isteri sudah memberi peluang kepada Sera untuk berhenti mengganggu rumah tangganya.

    Lebih parah, isteri kepada lelaki tersebut pula dikatakan sedang sibuk menguruskan hal perceraiannya susulan kejadian tersebut.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Mahalini Buat Laporan Polis Selepas Dituduh Curang – ‘Sudah Tiga Jam Saya Minta Bukti Tapi Dia Tak Balas’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts