Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Setakat Ini Saya Tak Terima Notis Tuntutan Mahkamah’ – Uyaina Arshad Dedah...

    ‘Setakat Ini Saya Tak Terima Notis Tuntutan Mahkamah’ – Uyaina Arshad Dedah Ada Peguam Hubungi Untuk Hulur Bantuan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Uyaina ArshadUyaina Arshad

    Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad memberitahu sehingga kini dia tidak menerima sebarang surat tuntutan (LOD) daripada pihak peguam yang mewakili ‘Abang Bas’.

    ‘Notis tuntutan mahkamah’

    Uyaina ArshadUyaina Arshad

    Tiada sebab untuk berasa takut, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, berkata, bukan hanya dia yang bersuara, namun ramai pihak yang turut mengulas mengenai isu gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak.

    Setakat ini saya tak terima apa-apa notis tuntutan mahkamah dan saya pun tak ada provok sebab saya yakin dan percaya semua orang yang mengulas serta bersuara tentang perkara ini (isu Abang Bas), bermakna perkara ini sangat berat.

    Masyarakat kita secara umumnya sudah cakna dan mula faham tentang isu ini apabila ramai yang sudah bersuara. Bukan hanya selebriti, malah peguam, doktor dan masyarakat yang lain turut bersuara.

    Segala ugutan, gertakan diberi saya rasa okay sahaja. Saya lihat itu sebagai amaran dan gertakan juga. Mungkin ada segelintir masyarakat yang terus menjatuhkan hukuman kepada seseorang. Saya pernah bercakap sebelum ini seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.

    Uyaina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran program Tifa IS3 yang berlangsung di restoran The Majapahit, Mont Kiara, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

    ‘Tidak akan minta maaf’

    Uyaina ArshadUyaina Arshad

    Tambah isteri kepada penyanyi Raja Syahiran ini, dia juga tidak akan membuat permohonan maaf kepada pihak ‘Abang Bas’ dan bersedia berdepan dengan tindakan undang-undang.

    Malah, Uyaina memberitahu, dia menerima beberapa mesej dan panggilan telefon yang mahu memberikan khidmat guaman kepadanya.

    Saya tidak akan minta maaf dan sedia berdepan untuk menegakkan kebenaran kerana apa yang saya suarakan berdasarkan fakta.

    Sebenarnya ramai peguam yang menghubungi saya untuk menawarkan perkhidmatan guaman sekiranya saya menerima apa-apa surat dari mahkamah.

    Mereka mahu membela saya tetapi saya tidak melihat itu sebagai matlamat utama. Kalau saya terima apa-apa surat daripada sesiapa pun, saya harap akan matang dan dapat fikirkan yang terbaik untuk membuat keputusan dengan nasihat peguam.

    Sebelum ini, Uyaina meluahkan rasa kecewa dengan tindakan seorang pemandu bas yang digelar ‘Abang Bas’ merakam video pelajar sekolah di mana perbuatannya dianggap tidak sepatutnya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Shila Amzah Belum Terbuka Hati Nak Jumpa Ibu, Tanggugjawab Sebagai Anak Tak Pernah Abai -‘Suami Pesan Elak Perkara Toksik’

    Rentetan itu, keluarga pelaku berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang mengecam pemuda berkenaan.

    Terdahulu, Uyaina dan Diana Danielle, antara nama yang disebut kerana lantang bersuara mengenai isu berkaitan ‘Abang Bas’ dalam media sosial.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts