Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSetelah Diceraikan Syamsul Yusof, Ira Kazar Tak Malu Ligat Cari Duit Di...

    Setelah Diceraikan Syamsul Yusof, Ira Kazar Tak Malu Ligat Cari Duit Di TikTok

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mendepani fasa perceraian dengan tenang, bekas isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof, Ira Kazar atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, telah memilih untuk menyibukkan diri dengan aktiviti perniagaan.

    Dalam usaha untuk mengalih tumpuan daripada kisah peribadi yang menjadi perhatian umum, Ira kini ligat mempromosikan produk jualannya, terutamanya barangan kecantikan dan penjagaan diri, melalui platform TikTok.

    Menggunakan TikTok sebagai gelanggang untuk berniaga, Ira dilihat tidak hanya menjual produk tetapi juga memikat hati pengikutnya dengan kemahiran nyanyian.

    Dalam hantaran terbaharu, Ira mendendangkan lagu “Terukir Di Bintang” yang dipopularkan oleh Yuna, sambil mempromosikan koleksi minyak wangi keluaran syarikat seorang usahawan selebriti.

    Video tersebut mendapat sambutan hangat, dengan ramai pengikut memuji kelunakan suaranya yang disifatkan sebagai suara seorang penyanyi berbakat besar.

    Lebih menarik, Ira yang mempamerkan wajah ceria dan tenang dalam setiap video, langsung tidak menunjukkan tanda-tanda kesedihan walaupun perkahwinannya dengan Syamsul Yusof berakhir pada 5 September lalu.

    Sikapnya yang memilih untuk terus kuat dan berdiam diri daripada sebarang kontroversi telah meraih simpati ramai, termasuk mereka yang sebelum ini mengkritiknya.

    “Saya kagum dengan ketenangan dia. Walaupun dicemuh, dia tetap memilih untuk berdiam dan fokus pada diri sendiri. Ini kekuatan yang jarang ada pada orang lain,” kata seorang pengikut di TikTok.

    Sebelum ini, Ira juga dilihat mempromosikan produk gincu yang menarik perhatian netizen. Mereka tidak hanya memuji kejelitaan Ira, tetapi juga menganggapnya memiliki iras wajah yang mirip dengan aktres Bollywood tersohor, Deepika Padukone.

    Ada juga peminat yang menyeru Ira untuk mengikuti jejak langkah ayahnya, Kazaruddin Saisi, dalam bidang lakonan dan nyanyian, memandangkan bakat yang dimilikinya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Shaheizy Sam Bongkar Sikap Syatilla Melvin, Cetus Perhatian!-“Dia Rajin, Tapi…”

    Ira turut mendapat sokongan moral daripada pengikutnya yang kagum dengan ketabahannya berdepan kecaman selepas rumah tangganya musnah.

    Sejak mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand, nama Ira sering menjadi bahan kritikan kerana didakwa sebagai punca perpecahan antara Syamsul dan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana.

    Namun, setelah perceraian rasmi Syamsul dan Puteri Sarah pada 14 Jun tahun lalu, Ira kini berusaha memulakan lembaran baharu dalam hidupnya. Walaupun pernah dicemuh dengan pelbagai panggilan kasar, ramai yang kini mula melihat Ira dalam sudut yang lebih positif.

    “Lupakan kisah sedih, bangkit dan mulakan hidup baru. Kerja cari duit,” nasihat seorang peminat di TikTok.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts