Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Setiap Kali Saya Nak Terjun Dari Jambatan…”- 3 Kali Cuba Bunuh Diri,...

    “Setiap Kali Saya Nak Terjun Dari Jambatan…”- 3 Kali Cuba Bunuh Diri, Lagu Hasrat Jadi Penyelamat Amir Jahari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dalam dunia seni, tersembunyi cerita yang mendalam di balik senyuman dan gemerlapan pentas. Begitu juga dengan penyanyi dan komposer terkenal, Amir Jahari, yang baru-baru ini mendedahkan perjuangannya dengan kemurungan pada tahun 2018.

    Amir Jahari kini berusia 31 tahun, mengungkapkan bahawa pada masa itu, dia terperangkap dalam gelombang kemurungan yang begitu teruk sehingga terlintas dalam fikirannya untuk mengakhiri hidupnya.

    Bermula dengan keraguan dan kekosongan yang menyelubungi fikirannya, dia sampai pada titik di mana dia merasakan satu-satunya jalan untuk melarikan diri adalah dengan mengakhiri hidupnya sendiri.

    Pada sidang media selepas Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) hari ketiga di Studio NTV7, Glenmarie, Amir mendedahkan bahawa dia telah mencuba untuk membunuh diri sebanyak tiga kali, dengan percubaan terjun dari jambatan.

    Namun, setiap kali dia hampir melakukan tindakan tersebut, bayangan wajah orang-orang yang dicintainya muncul dalam benaknya, menghalangnya dari melangkah lebih jauh.

    “Saya pernah mencuba untuk membunuh diri  sebanyak tiga kali tapi saya tidak jadi teruskan ketika itu.

    “Setiap kali saya nak terjun dari jambatan, mula-mula saya terbayang wajah emak saya.  Kali kedua pula, saya terbayang wajah isteri dan anak.

    “Kali terakhir, saya terbayangkan wajah guru saya (Almarhum Raja Ashman Shah),” katanya.

    Mengenai rawatan pula, kata Amir, dia juga berjumpa pakar psikiatri yang juga kawannya dan mengambil ubat untuk merawat masalah kesihatan mentalnya itu sebelum ini.

    “Saya berasakan diri perlukan bantuan dan terus dapatkan rawatan pakar ketika itu.

    “Apapun, keadaan saya sudah pulih serta berhenti mengambil ubat kemurungan sejak 2021,” katanya.

    Terdahulu, Amir yang turut menitiskan air mata berkata, lagu itu dicipta sewaktu dirinya mendapat berita arwah bapanya menghidap penyakit kanser paru-paru.

    ‘Saya sedih sebab buat lagu ini sewaktu dapat tahu arwah ayah mendapat sakit kanser dan sudah meninggal dunia pada tahun lalu.

    “Saya buat lagu ini pada 2018 dan waktu itu saya sendiri mengalami kemurungan sehinggalah saya ambil keputusan untuk berhenti menyanyi pada 2020.

    “Tapi mungkin rezeki saya, sebab ketika itu ada permintaan dari pihak filem ‘Imaginur’ untuk buat lagu jadi saya gambarkan bagaimana keadaan ayah saya sekiranya dia meninggal menerusi lagu Hasrat ini,”katanya.

    Amir yang menyentuh emosi penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil dan di rumah dengan persembahan ringkas, namun, berkesan, menjelaskan idea persembahan itu dicetuskan bekas syarikat pengurusannya bagi disesuaikan dengan tema AJL 38, iaitu Muzikaverse.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Benda Dah Jadi’- 5 Kejadian Tak Diingini Telah Berlaku Ketika Artis Ini Menyanyi

    Pada malam kemuncak AJL 38, Amir yang diangkat juara, membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.

    Naib juara AJL 38 menjadi milik lagu Sutera nyanyian dan ciptaan Aisha Retno dan MFMF. Mereka membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi.

    Menduduki tempat ketiga lagu Jangan Mati Rasa Itu nyanyian dan ciptaan Aina Abdul. Atas kemenangan itu, Aina menerima wang tunai RM30,000 dan trofi.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts