Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSetiap Kali Terima Tawaran Berlakon, Heliza Helmi Solat Istikharah Dahulu Mohon Petunjuk

    Setiap Kali Terima Tawaran Berlakon, Heliza Helmi Solat Istikharah Dahulu Mohon Petunjuk

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang Muslim yang bertaqwa akan melakukan perintah Allah serta menjauhi larangan-Nya.

    Menjalankan perintah Allah salah satunya iaitu dengan menunaikan solat. Ia anugerah terindah yang hanya diberikan Allah kepada umat ini.

    Solat yang diwajibkan iaitu solat fardu lima kali dalam sehari semalam. Sedangkan solat sunat itu tidak wajib dilakukan, tetapi jika dilakukan akan mendapat pahala serta keutamaan.

    Salah satu solat sunat yang sangat dianjurkan untuk ditunaikan umat Muslim iaitu solat sunat istikharah, lebih lebih lagi bagi sesiapa yang ada hajat atau ingin memohon petunjuk tentang satu perkara yang ingin dilakukannya maka disunatkan kepadanya solat dua rakaat dan berdoa dengan doa yang telah diajarkan oleh Nabi saw

    Solat istikharah adalah satu cara memohon petunjuk dan jalan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dihadapinya.

    Sebagai contoh, baru-baru ini penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Datin Seri Nur Heliza Helmi mengakui melakukan solat sunat istikharah terlebih dahulu, selain akan berbincang dengan suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sebelum membuat keputusan menerima mana-mana tawaran berlakon.

    Heliza, 37, berkata dia seorang yang teliti dalam memilih sebarang tawaran berlakon kerana mahu memastikan setiap karya yang diterima dapat memberi manfaat kepada penonton dan bukan sekadar hiburan kosong.

    “Jika ditawarkan dengan mana-mana naskhah, saya akan buat solat sunat istikharah dahulu untuk mendapatkan petunjuk, selain turut berbincang dengan suami dan keluarga.

    “Saya juga akan mendapatkan nasihat daripada guru (agama). Sekiranya karya tersebut memberikan manfaat barulah saya akan teruskan,” katanya.

    Memetik sebuah laporan berita online, pada masa sama, bekas peserta program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu turut meluahkan rasa gembira dan teruja apabila dapat berlakon dalam filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah yang menuntutnya mempamerkan aksi sunnah memanah dan berkuda.

    ALSO READ:  “Belum Ada Rezeki Untuk Dapat Anak”- Heliza Helmi Reda Dengan Ketentuan Allah, Belum Terfikir Mahu Ambil Anak Angkat

    Kata Heliza, tawaran yang diberikan kepadanya untuk terbabit dalam filem tersebut, bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang selepas dia mula berjinak dalam sukan sunnah tersebut.

    “Tidak sangka pula doa saya dimakbulkan apabila disunting untuk berlakon dalam filem ini, bersama-sama dengan adik saya sendiri iaitu Hazwani Helmi” – katanya.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts