Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39 (SFMM39) yang telah melabuhkan tirai pada Jumaat menyaksikan 10 lagu terbaik bersaing, namun kebanyakan karya generasi muda terutamanya Gen Z, gagal untuk melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).
‘AJL bukan sekadar persembahan tapi pertandingan’
Ketika ditemui , Edry Abdul Halim iaitu selaku ketua juri SFMM39 berpendapat bahawa karya yang dihasilkan oleh generasi muda masih belum kuat untuk menempatkan mereka di pentas AJL.
Memilih hanya 10 daripada 30 lagu adalah tugas yang sangat mencabar. AJL bukan sekadar persembahan atau pameran, sebaliknya sebuah pertandingan.
Kita mahu lagu yang benar-benar berdaya saing. Malangnya, banyak lagu daripada peserta Gen Z lebih santai dan tidak cukup kuat untuk ke peringkat akhir.
Susulan daripada itu, Edry mencadangkan agar satu kategori khas untuk lagu-lagu Gen Z diwujudkan memandangkan pendekatan muzik mereka lebih ringkas dan berbeza daripada genre yang sering dipertandingkan di AJL.
Lagu Gen Z memang ringkas dan sukar untuk dipertandingkan, tetapi kalau ada kategori khas, karya mereka mungkin lebih dihargai. Audiens mereka ramai, jadi ia juga satu peluang untuk meraikan kreativiti generasi muda.
Bagaimanapun, Edry menegaskan bahawa cadangan itu hanyalah pandangan peribadi dan memerlukan perbincangan lanjut dengan pihak penganjur.
Edry berkata demikian ketika ditemui di Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-39 yang berlangsung pada Jumaat di Shah Alam.
Nasihat Edry buat penyanyi Gen Z
Apabila ditanya mengenai pemilihan 10 lagu terbaik, Edey berkata ianya diadili berdasarkan kualiti lagu itu sendiri selain memilih kepelbagaian dalam genre muzik.
Edry yang juga komposer itu juga memuji usaha dan keberanian peserta Gen Z yang bertarung di pentas SFMM39 namun akui mereka masih belum bersedia untuk ke pentas AJL.
Dia juga menasihati penyanyi muda agar tidak berputus ada sebaliknya jadikan pengalaman tersebut sebagai batu loncatan dan terus menghasilkan karya-karya yang lebih bagus.
Selain Edry, kesemua 30 lagu yang bertanding di SFMM39 turut diadili oleh barisan juri profesional, iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, Ly Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad.
Antara 10 lagu yang bakal berentap di pentas AJL39 adalah Diam (Hael Husaini), Puas Sudah (Aina Abdul), Hening Rindu (Marsha Milan), Aura (Ernie Zakri), Terus Bersinar (Hafiz Shuib), Pujaanku (Masdo ft Aisyah Aziz), Risiko (Benzooloo ft ft Tuju & MK K-Clique), Sengaja (Amir Masdi), Saksama (Akim & The Majistret) dan Bukan Lagi Kita (Nadeera).