Penyanyi Khai Bahar memohon maaf kepada semua peminatnya kerana gagal memberikan persembahan yang terbaik di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 39 (SFMM39) yang berlangsung, semalam.
Masalah kesihatan
Menurut Khai, dia tidak dapat memberi 100 peratus untuk lagu ‘Lemas’ kerana suaranya masih belum pulih sepenuhnya.
Selalu suara macam ini ambil masa tiga bulan, bukan saja-saja tau tak all out. Itu dah habis baik saya buat. Siapa je yang tak nak all out untuk ke final Anugerah Juara Lagu.
Tambah Khai, semuanya bergantung kepada keputusan juri juga.
Kalau boleh saya sendiri nak buat persembahan terbaik walau tak ada rezeki ke final. Doakan suara saya cepat pulih okey.
Di akhir posting, Khai berharap peminatnya tidak marah dan mempersoalkan mengenai keputusan finalis AJL 39.