Pelakon kelahiran Singapura, Shah Iskandar masih kekal relevan dan banyak menerima tawaran untuk berlakon bagi beberapa syarikat produksi drama di Malaysia.
Shah masih relevan
Ketika ditemui , Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz berkata, dia berasa sangat bersyukur kerana masih mendapat tempat di hati para penerbit dan stesen televisyen di kala kemunculan pelakon-pelakon baharu berbakat yang sedang meningkat naik.
Alhamdulillah saya nampak bahawa ‘progress’ saya dalam bidang lakonan boleh ‘maintain’ lagi walaupun sebenarnya agak susah untuk saya kekal seperti sekarang.
Kenapa saya kata begitu? Sebab sekarang ini kita ada lambakan pelakon baharu yang meningkat naik. Tambahan pula mereka lebih muda, kurus dan sado daripada saya.
Alhamdulillah, ‘job’ masih tak putus-putus dan masih lagi diterima stesen televisyen.
Shah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi baju raya terbaharu Qierahman yang diadakan di Akarr Cafe, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, pelakon berusia 41 tahun tidak menafikan dirinya sedikit ‘down’ kerana jarang ditawarkan untuk melakonkan watak ‘hero’ bagi sesebuah drama.
Namun, dia terima dengan hati yang terbuka dengan revolusi dan perubahan yang berlaku dalam industri lakonan tanah air.
Sudah tentu bahkan sehingga sekarang pun saya ada rasa begitu tetapi itu adalah revolusi dan evolusi yang dimahukan sesebuah produksi.
Dunia lakonan akan sentiasa mempunyai pelapis hebat yang akan membantu meningkatkan lagi mutu drama dan perfileman negara.
Tambah Shah, dia akan sentiasa memastikan menjaga penampilan diri bagi memastikan sentiasa mendapat tempat di stesen televisyen.
Kebelakangan ini pula ada artis yang tak dapat ‘job’ sebab stesen televisyen tak ‘approve’. Sebenarnya itu adalah atas dasar pelakon itu sendiri juga, bagaimana mereka nak kekal relevan dan sebagainya.
Pada saya, selagi saya tak berhenti untuk memastikan diri saya relevan, selagi itu pihak stesen televisyen akan panggil dan beri tawaran kepada saya.
Antara yang saya lakukan ialah kerap tonjolkan diri di media sosial dan sentiasa jaga penampilan diri seperti bersenam, cara pemakaian dan sebagainya.