Tidak dapat disangkal bahawa chemistry antara pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan dan Kajol sangat kuat dan rapat. Oleh itu, ramai berharap agar mereka berdua akan menjalin hubungan dan berkahwin.
Baru-baru ini, keduanya menjadi tular selepas dilihat cuba melarikan diri bersama untuk berkahwin. Walaupun sebenarnya mereka sudah pun mempunyai pasangan masing-masing.
Video mengenai mereka cuba melarikan diri untuk berkahwin menjadi tular selepas menaiki sebuah teksi. Pemandu teksi tersebut menganggap mereka adalah suami isteri.
Mendengar pernyataan tersebut, Shah Rukh Khan mengatakan bahawa dia sedang berlakon, mencuba melarikan diri bersama Kajol untuk berkahwin.
Walaupun video ini membuat orang bertanya-tanya dan terkejut, tetapi sebenarnya ia adalah lakonan untuk program televisyen MTV pada tahun 2010.
Kedua-dua pelakon ini sebenarnya sangat rapat dengan keluarga masing-masing dalam kehidupan sebenar.