Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, January 10, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShah Rukh Khan Pernah Minta Gauri Khan Tukar Nama Kepada “Ayesha Khan”...

    Shah Rukh Khan Pernah Minta Gauri Khan Tukar Nama Kepada “Ayesha Khan” Kerana…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kalau kamu nak tahu, pernah suatu ketika dahulu Shah Rukh Khan (SRK) meminta isterinya, Gauri Khan, untuk menukar nama kepada “Ayesha Khan”. Bukan itu sahaja, dia juga meminta Gauri untuk mengenakan burqa iaitu tudung yang menutup keseluruhan wajah.

    Dalam sebuah temu bual lama dengan Farida Jalal, SRK mendedahkan bagaimana dia mendapat idea untuk melakukan perkara itu. Dedahnya idea tersebut muncul selepas orang sekeliling pasangan itu bercakap tentang agama Gauri ketika hari pernikahan mereka.

    Foto – India Today

    “Saya menghormati mereka dan kepercayaan mereka. Tetapi saya masih ingat apabila seluruh keluarga Gauri, dalam sambutan (pernikahan) yang lama itu, mereka semua duduk di sana. Saya masuk dan mendengar bisikan, “Dia (SRK) budak Islam. Adakah dia akan tukar nama gadis (Gauri)? Adakah dia akan jadi seorang Muslim?””.

    Foto – India Today

    Mendengar perbualan tersebut, SRK dengan berselorohnya meminta Gauri pada hari resepsi mereka memakai burqa menukar nama menjadi seorang Muslim.

    “Mereka semua bercakap dalam bahasa Punjabi. Saya melihat dan berkata, “Okay Gauri, pakai burqa awak dan mari tukar nama sekarang. Saya beritahu mereka Gauri akan pakai burqa sepanjang masa dan dia tidak akan keluar dari rumah. Dia akan jadi seperti ini.”

    Foto – Vogue India

    Dia berkata bahawa kenyataan itu membuatkan seluruh keluarga Gauri terkejut dan bimbang apa yang akan berlaku seterusnya. Namun pelakon itu mengakui adalah salah mempermainkan sentimen orang terutamanya soal agama.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts