Walaupun filem ‘Kal Ho Naa Ho’ adalah filem Bollywood yang popular sehingga sekarang, adakah kamu tahu Shah Rukh Khan (SRK) yang memegang watak “Aman Mathur” sebenarnya mahu menarik diri semasa penggambaraan berlaku dan mahu gantikannya dengan seorang aktor?
Mengimbas semula kejadian itu dalam sebuah temu bual bersama Mirchi Plus, pengarah filem ‘Kal Ho Naa Ho’ iaitu Nikkhil Advani berkongsi SRK telah menghubunginya dan Karan Johar untuk memberitahu mengenai penarikan diri daripada filem tersebut.
SRK menghubungi kedua-duanya, memberitahu dia terpaksa menarik diri disebabkan oleh masalah belakang badannya. Ketika itu, SRK baru sahaja empat hari menjalani penggambaraan, di mana adegan pertamanya adalah adegan diari dan selepas itu menyedari dia tidak dapat meneruskan dan memerlukan rawatan segera.
“Saya tidak boleh melakukan ia (filem ‘Kal Ho Naa Ho’) sekarang. Anda akan melakukan satu perkara, saya akan memanggil Salman Khan dan anda boleh membuatnya dengan Salman.”- SRK.
Keputusan SRK ini terpaksa dibuat kerana kecederaan bahagian belakangnya dan dia perlu ke Jerman untuk menjalani pembedahan. Akibatnya, dia memerlukan tempoh pemulihan selama 6 bulan selepas itu, jadi dia tidak mahu pengarah filem menunggunya.
Tetapi disebabkan oleh bakat SRK, Nikhil dan Karan sanggup menunggunya untuk sembuh dan menjalani penggambaraan 6 bulan selepas SRK sembuh.