Tak dinafikan kisah percintaan di antara Shah Rukh Khan (SRK) dan Gauri Khan membuatkan ramai yang cemburu. Pasangan popular Bollywood ini telah berkahwin selama 33 tahun dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Aryan Khan, Suhana Khan dan Abram Khan.
Walaupun begitu, di awal usia perkahwinan mereka, SRK tidak pernah menyangka Gauri Khan akan menjadi ibu yang baik kerana sikapnya.
View this post on Instagram
Dalam satu temu bual dengan Koffee With Karan, SRK membuatkan ramai yang terkejut dengan pengakuan terhadap isterinya. Bintang Bollywood itu mendedahkan Gauri Khan tidak menunjukkan ciri-ciri ibu yang penyayang.
“Anehnya, saya tak pernah menyangkan Gauri akan menjadi ibu yang baik. Dia tidak kelihatan seperti wanita yang mesra kanak-kanak. Dia tidak suka bergurai seperti kebanyakan wanita yang sukakan kanak-kanak. Jadi saya agak terkejut kerana dia seorang ibu yang sangat hebat!”
View this post on Instagram
Kemudian dia juga berkongsi bagaimana kehidupan mereka berubah selepas mempunyai anak. Katanya, peranan Gauri sebagai ibu adalah keseimbangan untuknya sebagai seorang bapa.
“Dia juga membuatkan semua perkara nampak masuk akal, mudah dan sangat sedergana untuk anak-anak, yang mana saya hargai setiap pengorbanannya sebagai seorang ibu.”