Kajol dan Shah Rukh Khan (SRK) dianggap sebagai pasangan onscreen yang terbaik di Bollywood, memandangkan chemistry di antara mereka itu cukup kuat. Duo ini sering bergandingan dalam beberapa filem terbaik Bollywood, termasuklah ‘Kuch Kuch Hota Hai’, ‘Baazigar’, ‘Kabhi Kushi Kabhi Gham’, ‘My Name Is Khan’, ‘Dilwale Dulhania Le Jayenge’ hingga ke ‘Dilwale’.
Di belakang tabir, kedua-duanya sering memanggil satu sama lain dengan panggilan “kawan baik”. Walaupun begitu, adakah kamu tahu ada masanya mereka ini berada dalam hubungan yang tidak baik?
Shah Rukh Khan & Kajol Pernah ‘Bergaduh’
Sekitar perayaan Deepavali pada tahun 2012, filem ‘Jab Tak Hai Jaan’ arahan SRK dikatakan telah bergaduh dan berebut ruang skrin tayangan yang panjang di pawagam dengan filem ‘Son of Sadaar’ arahan Ajay Devgn. Melihatkan pertembungan filem box office itu, kedua-duanya tidak mahu menukar tarikh keluaran.
“Saya yakin ada ruang untuk dua filem besar ketika itu. Situasi ini buatkan ramai yang tertekan dan tiada siapa mahukan kontroversi. Apa yang perlu dilakukan perlu dilakukan. Saya pernah berkata sebelum ini walaupun skrin tayangan kurang, tetapi jumlah penonton tidak boleh berkurangan.”- Ajay Devgn.
Pada masa yang sama filem ‘Jab Tak Hai Jaan’ merupakan filem terakhir pengarah Yash Chopra. Beliau telah meninggal dunia sebelum sempat menonton tayangan filem itu di pawagam.
Ajay mendedahkan dia telah diberitahu oleh beberapa orang untuk pindahkan tarikh tayangan ‘Son of Sadaar’ sebagai tanda penghormatan pada Yash Chopra. Dia berkata filem itu adalah perniagaan dan rasa hormatnya pada Yash tidak pernah berkurangan walaupun filem itu tetap diteruskan tayangannya.
“Saya beri pilihan kepada industri, saya sanggup lakukan itu tetapi ia perniagaan, anda memberi saya ruang. Jadi saya teruskan.”
Melihatkan kedua-dua filem itu tetap ditayangkan pada masa yang sama, Ajay mendedahkan Kajol tidak dijemput ke tayangan perdana filem ‘Jab Tak Hai Jaan’ Shah Rukh Khan. Dia menyifatkan situasi tersebut adalah kebudak-budakan dan remeh.
“Kajol tak dijemput untuk tayangan perdana ‘Jab Tak Hai Jaan’, yang saya rasa perkara ini sangatlah remeh. Ia menunjukkan seseorang menjadi sangat petty!”