Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid meluahkan rasa syukur kerana berpeluang untuk memberikan sumbangan buat mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.
Ceriakan mangsa banjir
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Shahida dan Aliff berkongsi momen mereka sewaktu hadir memberikan sumbangan buat mangsa banjir yang terkandas di pusat pemindahan sementara (PPS) yang terletak di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, Terengganu pada Selasa.
Dapat dilihat, kehadiran pasangan suami isteri itu menceriakan mangsa-mangsa banjir di sana.
Shahida dan suami beri sumbangan
Menerusi perkongsian yang sama, dapat dilihat Shahida dan Aliff menghulurkan bantuan keperluan harian seperti makanan, pakaian, tuala wanita dan banyak lagi.
Shahida dan Aliff turut menghulurkan wang tunai sebanyak RM50 kepada setiap mangsa yang terkandas di PPS tersebut.
Ujar Shahida, dia berharap agar sumbangan yang dihulurkan dapat menggembirakan hati mereka walau sumbangan itu tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan ujian berat yang ditanggung.
Tak banyak mana sumbangan saya ini jika nak dibandingkan dengan kesengsaraan mereka ditimpa bencana.
Syukur Alhamdulillah kami diberi kesempatan untuk membantu meringankan beban mereka.
Sedikit sumbangan dari segi barangan makanan, pakaian, tuala wanita, lampin anak anak, tuala, pakaian dalam wanita dan sedikit wang tunai.
Tak mampu saya mengubati duka mereka, tapi tinggi harapan untuk mengukir sedikit senyuman di raut wajah mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Shahida dan Aliff serta mendoakan agar segala urusan mangsa banjir dipermudah.
Komen netizen