Pelakon Shakilla Khoriri memberitahu dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna media sosial yang bercakap buruk dan tidak benar mengenai dirinya.
Simpan duit, peguam sekarang mahal
Ketika dihubungi , Shakilla berkata, tindakan ini dilakukan demi memberi pengajaran kepada individu di luar sana agar tidak bercakap buruk mengenai dirinya.
Kadang-kala mereka ini perlukan pengajaran. Biarlah beri mereka popular sikit, mungkin boleh join the club naik court.
Rimas orang bercakap fasal penyondol tetapi mereka tak tahu cerita. Sebelah pihak sahaja tahu cerita, saya yang jadi mangsa.
Manusia sebegini kena beri pengajaran supaya otak mereka boleh berfikir secara waras sedikit.
Menerusi beberapa posting di Instagram Story Shakilla sebelum ini, dia dilihat berkongsi tangkap layar beberapa pengguna media sosial yang telah meninggalkan komen fitnah mengenai dirinya.
Berikutan daripada itu, Shakilla mahu individu tersebut tampil bersemuka dengannya.
Mereka ini paling tahu kehidupan saya jadi rasanya layak teman saya naik mahkamah untuk beri keterangan. Simpan duit, peguam sekarang mahal.
Berani tapi bodoh. Kalau nak kecam siapa pun dalam sosial media ini pastikan guna akaun betul. Saya ajak jumpa masing-masing tidak mahu. Rimas orang bercakap fasal penyondol tetapi mereka tak tahu cerita.
Saya akan cari dengan bantuan followers saya. Kita nak jumpa dan dengar cerita yang saya tak tahu. Nanti kita jumpa minum kopi. Saya hanya jadi diri sendiri tapi orang lain yang tahu cerita saya.