Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShakilla Khoriri Dapat Hak Penjagaan Sementara Anak – ‘Saya Akan Buat Apa...

    Shakilla Khoriri Dapat Hak Penjagaan Sementara Anak – ‘Saya Akan Buat Apa Sahaja Untuk Ameena’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa syukur kerana Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan hak penjagaan sementara atau interim hadanah anak perempuannya diserahkan kepadanya, hari ini.

    Alhamdulillah

    Menerusi posting di Instagram, Shakilla berkata, sebagai ibu dia akan melakukan yang terbaik untuk anaknya iaitu Ameena Sofia. Tambah Shakilla, dia yakin ini adalah perancangan Allah yang terbaik untuk dia serta keluarga.

    Saya akan buat apa sahaja untuk Ameena. Saya sangat maksudkan apa yang saya cakap. Alhamdulillah, pagi ini pihak mahkamah dah putuskan hak interim hadanah berpihak kepada umi Ameena.

    Saya percaya doa dan aturan Allah sentiasa tak salah alamat. Allah lebih tahu. Apa pun alasan dan tujuan kita sebagai manusia, hanya Allah sahaja yang mengizinkan-Nya.

    Terdahulu, bekas suami Shakilla iaitu penyampai radio Fizi Ali memfailkan tuntutan hadanah terhadap Shakilla berhubung hak penjagaan anak perempuan mereka.

    Ujar Fizi, tindakannya memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak sebaliknya hanya mahu anak perempuanya itu mendapat kasih sayang sempurna.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts