Pelakon, Shakilla Khoriri berkongsi keadaan anak perempuannya, Ameena Sofia yang terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan demam yang berpanjangan, hari ini.
Alami Pendarahan Pada Hidung
Menurut Shakilla, dia membuat keputusan untuk membawa Ameena ke hospital selepas melihat keadaan anak perempuannya itu yang tidak mempunyai selera makan selama beberapa hari selain mengalami pendarahan pada hidung.
“Selepas seminggu demam. Antibiotik pun tak jalan sampai berdarah hidung, tak makan dan minum beberapa hari and finally kita ke sini.
Umi yang rasa berpinar. Semalam subuh dah bangun hantar Ameena sekolah, terus ke kedai sampai petang dengan staff semua tak datang pun sebab sakit.
Petang tengok Ameena makin lemah then we decided bawa ke hospital.”-kongsi Shakilla di Insta Stories
“Ketika Orang Lain Sedap Tidur, Umi Struggle Menguruskan…”
Mengakui sedang bergelut menguruskan setiap hal yang melibatkan Ameena, Shakilla menitipkan rasa syukur dengan kehadiran suaminya yang banyak membantu selesaikan banyak perkara.
“Ketika orang lain sedap tidur, Umi struggle menguruskan itu dan ini untuk Ameena. Beruntung kita ada Uncle Fariz yang selalu tolong Umi settlekan banyak benda.”-tulis Shakilla lagi.
Sekadar info, Ameena Sofia merupakan hasil perkahwinan terdahulu bersama penyampai radio, Fizi Ali pada Januari 2018 sebelum mereka membuat keputusan untuk berpisah pada Disember 2021.
Shakilla kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pilihan hatinya, Fariz pada 24 Februari 2024.
Apa komen anda?