Di Instagram, pelakon Shakilla Khoriri dan suami, Mohd Fariz dilihat membawa anak-anak mereka pergi bercuti di Sapporo, Jepun.
Keadaan masih terkawal
Menerusi sebuah posting yang dimuat naik, Shakilla memberitahu, percutian kali ini merupakan percutian pertama buat Ameena bersama anak suaminya. Ujar Shakilla, semuanya masih dalam kawalan dan mereka dalam fasa berkenalan.
Sapporo. Alhamdulillah pagi yang agak bertenang before fly to Tokyo. Awal betul bangun hari ni sampai ke Chitose airport. Walau tak semua yang tenang seperti digambar tapi keadaan masih terkawal. Sesungguhnnga semua parents yang bawa anak-anak travel itu dalam ketenangan.
Tapi okay masih terkawal. Ameena dah biasa travel berdua dengan Umi but this time ada kawan. Fasa nak kenal, baik and gaduh itu benar. More to come Inshallah. Nanti lah Umi share lagi. Nak nikmati tempat orang dalam ketenangan itu kena ‘curi’.
Sekadar info, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan Fizi Ali pada Februari 2018 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Ameena Sofia. Namun begitu, hubungan mereka tidak kekal lama apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Disember 2021.
Awal tahun ini, Shakilla mencuri perhatian ramai apabila mendirikan rumah tangga dengan Fariz. Difahamkan, Fariz seorang duda yang mempunyai seorang anak.