Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSharif Dedah Atu Zero Pernah Jadi Gelandangan & Hampir Terjerumus Dengan Dadah?...

    Sharif Dedah Atu Zero Pernah Jadi Gelandangan & Hampir Terjerumus Dengan Dadah? – ‘Dia Salah Pilih Kawan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sharif ZeroSharif Zero

    Pelawak Sharif Zero imbas semula peristiwa hitam yang berlaku dalam hidup adiknya iaitu pelawak Atu.

    Jadi gelandangan

    Sharif ZeroSharif Zero

    Sharif mendedahkan, Atu pernah lari dari kampung ke Kuala Lumpur (KL) dan hidup sebagai gelandangan kerana tidak mempunyai wang.

    Dulu aku tengok Atu macam tiada harapan (untuk berjaya). Atu pernah lari ke KL, jadi gelandangan dalam dua atau tiga hari.

    Dia pergi KL sebab ikut ejen. Di KL dia kerja sebagai pengawal pondok (guard) tapi tak dibayar gaji selama beberapa bulan. Ada juga kerja lain dia buat.

    Arwah bapa kata tak boleh jadi, arwah minta saya pergi KL ambil Atu bawa balik kampung semula. Arwah dengan ibu minta pujuk Atu supaya balik semula ke Sabah.

    Sharif berkongsi mengenai perkara itu menerusi podcast Raja Lawak Podcast yang disiarkan di saluran YouTube Inspirasi MY.

    Dadah?

    Atu ZeroAtu Zero

    Tambah Sharif, Atu juga hampir terjerumus dengan gelaja dadah disebabkan tersilap memilih kawan.

    Aku rasa dia merajuk dan lari sebab tak selesa duduk di kampung. Atu jenis orang yang kuat bekerja, tetapi duit yang dia dapat tu tak tahu pergi ke mana.

    Jadi, dia sentiasa rasa tak cukup duit. Sebab itu dia cari kerja di tempat lain yang boleh dapat banyak duit.

    Dia hampir terjerumus dalam dunia dadah, memang hampir. Dia salah pilih kawan dahulu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts