Umum mengetahui pelakon, Sharifah Amani telah selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 26 Jun 2024 lalu.
Melahirkan bayi lelaki, Sharifah Amani dan suami, iaitu Ahmed Faris turut mengumumkan nama cahaya mata mereka, Ahmed Mohsein.
Genap dua bulan, Sharifah Amani dilihat memuatnaik foto wajah bayi lelakinya serta berpendapat senyuman Mohsein mirip seperti bapanya.
“Know know dah 2 months. Syukur Alhamdulillah. Muka mum, smile Bapak 🥰. Current favourite lullaby, Julai Tahun 1996, Okirama ✨.”-kapsyen Sharifah Amani di Instagram
View this post on Instagram
“Bestnya Bau Baby…”
Perkongsian pelakon filem Sepet ini dibanjiri dengan komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa teruja melihat wajah comel Mohsein, malah ramai yang menitipkan doa buat bayi comel ini agar membesar menjadi anak yang baik.
“Hello Mohsein, I can see your Mum in you 😍.”-Susan Lankester
“Hello Mohsein!! 🥰❤️.”
“Alolo comel, bestnya bau baby 😍.”
“Cute Boy ❤️.”
“Hello Mohsein, comel sangat tau awak ni 😍.”
“Ahh Nani dah bersalin rupanya. Alhamdulillah, moga membesar dengan sihat, sentiasa dalam lindungan Allah ya anak soleh.”
“Alhamdulillah MasyaAllah comel sangat! Semoga membesar dengan baik dan menjadi kebangaan ibu dan bapa.”
Sekadar info, Sharifah Amani dan Ahmed Faris mendirikan rumah tangga pada 10 September 2022. Hasil perkahwinan, pasangan ini baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Ahmed Mohsein pada 26 Jun lalu.
Apa komen anda?