Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, December 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSharifah Rose Pernah ‘Koyak’ Emosi, Pesan Nak Jadi Pempengaruh Kena Jiwa Kental

    Sharifah Rose Pernah ‘Koyak’ Emosi, Pesan Nak Jadi Pempengaruh Kena Jiwa Kental

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Sharifah Rose yang mula dikenali sebagai pempengaruh beranggapan menjadi seorang ‘public figure’ perlu memiliki jiwa kental dan tidak mudah ‘koyak’.

    Artikel berkaitan: Sharifah Rose ‘Rahsia’ Status Hubungan Dengan Ezzrin Loy, Masih Dalam Fasa Kenal Hati Budi

    Artikel berkaitan: Netizen ‘Makan Hati’ Tengok Ezzrin Loy Ucap ‘Happy Birthday’ Buat Sharifah Rose, Siap Buat Video – ‘Crush Kita Dah Bahagia’

    Jiwa kena kental

    Menurut Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 25, dia memberitahu tidak mudah untuk tidak mempedulikan kata-kata netizen.

    Pada awalnya, saya akui agak sukar hendak abaikan kata-kata negatif orang.

    Kadang-kadang kawan cakap kita gemuk sikit pun kita sudah terasa apatah lagi kalau ada kecaman atau kutukan daripada individu tak dikenali, tentulah boleh buat kita lagi terasa.

    Rose ditemui semasa di sesi fotografi drama terbaharunya berjudul Cinta Bukan Milik Kita bersama Khai di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, Rose akui pernah menangis kerana dikritik teruk ketika mula menceburi diri dalam industri seni sekitar empat tahun lalu.

    Pada awal kemunculan saya menerusi drama Kekasih Hati Mr Bodyguard, saya memang dihujani dengan kecaman seperti lakonan kayu dan sebagainya.

    Itu adalah drama pertama saya pegang watak utama. Video ‘teaser’ baru keluar, orang sudah kutuk sedangkan penggambaran drama masih berjalan.

    Jadi, boleh bayangkan betapa koyak emosi saya hingga menjejaskan penghayatan.

    Bagaimanapun, dia mengambil setiap perkara yang terjadi sebagai pengajaran dan mengajarnya untuk menjadi anak seni yang lebih kuat.

    Saya belajar banyak perkara termasuk tidak membaca dan melayan komen-komen negatif netizen.

    Daripada biar mental terusik, lebih baik abaikan sahaja sebab semua itu hanya sekejap sahaja.

    ALSO READ:  Bella Astillah Enggan Lagi Canang Masalah Keluarga Di Media Sosial – ‘Lega Dah Luah Semua, Saya Percaya Netizen Juga Sudah Muak’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts