Pelakon dan pempengaruh, Sharifah Rose memberitahu dia lebih selesa menguruskan diri sendiri tanpa menggunakan khidmat pembantu peribadi (PA).
Artikel berkaitan: Sharifah Rose Pernah Dapat Tawaran RM60K Dari VVIP, Ajak Teman Makan & Cuti Bersama – ‘Saya Fikir Mengarut’
Artikel berkaitan: Sharifah Rose Pernah ‘Koyak’ Emosi, Pesan Nak Jadi Pempengaruh Kena Jiwa Kental
Lebih selesa urus diri sendiri
Menurut Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, 25, dia pernah mengalami pengalaman buruk dengan bekas pembantu peribadinya.
Saya mempunyai masalah sukar mempercayai orang lain. Sebab itulah saya lebih selesa ahli keluarga menemani ketika bekerja.
Risiko bekerja dengan individu yang bukan ahli keluarga adalah potensi cerita tidak betul disebarkan kepada orang lain.
Sebab itulah saya lebih selesa ditemani ahli keluarga. Saya tiada masalah bawa diri sekiranya mereka tak dapat teman.
Sebagai seorang yang ‘introvert’, Rose berkata, dia tidak selesa untuk meluangkan masa rehat bersama pembantu peribadi.
Kalau ada PA, saya terpaksa berkongsi bilik dan itu menyebabkan saya kurang selesa.
Bila seharian di set dan pulang dalam kepenatan, tentunya saya mahukan rehat tanpa gangguan.
Dedah Rose, dia juga terpaksa melakukan lebih banyak kerja berbanding pembantu peribadi tersebut.
Saya pula seorang yang lambat ‘panas’, jadi lebih selesa bersendirian kerana kadang-kala ada pembantu peribadi pun belum tentu membantu.
Ada masanya saya terpaksa buat lebih kerja daripada pembantu peribadi.