Pelakon, Azhan Rani menyifatkan aktres, Sharifah Sakinah merupakan seorang pelakon yang sangat senang untuk bekerjasama ketika di set penggambaran.
Dia sejenis yang on time dekat set
Menerusi temu bual bersama , Azhan berkata, meskipun orang lain mempunyai tanggapan berbeza, namun dia tetap merasakan Sakinah merupakan antara rakan pelakon terbaik yang pernah digandingkan bersama.
Cakap la apapun pasal dia. Ini heroin drama paling senang aku kerja. Bagilah call time pukul berapa pun, dia on time akan ada dekat set.
Tiadalah la semak dalam grup whatsapp bagitahu ‘Maaf lambat sikit hari ni, jalan jammed, nak ke sini ke sana dulu bla.. bla.. bla’ (dekat set buat perangai moody). Minta dilayan itu ini.
Tak toxic huru harakan mood orang lain dalam team kerja. Datang balik set pun naik van runner je.
Berbicara lebih lanjut, Azhan turut memberi pujian mengenai kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh Sakinah terutama sekali ‘method’ yang digunakan untuk menghidupkan watak.
Bab berlakon pula aku salute kali ni dia lain. Hari pertama jumpa dekat set, aku boleh tak kenal dia. Dia datang sahaja sudah dalam karakter.
Dengan rambut selekeh, tiada make up cantik, baju lusuh ikut watak yang dia bawa. Dia bukan lagi hantu kelakar yang biasa kita tengok dalam cerita-cerita lakonan dia sebelum ni.
Ini karakter perempuan lara yang tak boleh bercakap, hari-hari kena perah air mata, berlari redah semak samun, jatuh parit, lumpur, dilambung, dibaling dan diseret.
Disoal mengenai babak diludah Sakinah yang viral di media sosial, pelakon drama ‘Nur’ ini berkata, apa yang ditonjolkan di media sosial hanya sekadar hiburan saja.
Ia tiada kena mengena. Apa saja kejutan yang bakal ditunjukkan hanya akan diketahui ketika tayangannya nanti.
Di akhir temu bual, Azhan menepis dakwaan yang mengatakan Sakinah tidak mudah untuk didekati dan memilih bulu.