Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSharisa Haris Kini Peniaga Sate, Kongsi Liku Hidup Demi Sesuap Nasi –...

    Sharisa Haris Kini Peniaga Sate, Kongsi Liku Hidup Demi Sesuap Nasi – ‘Dulu Saya Pelakon Drama & Filem, Top 5 Anugerah Skrin’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sharisa HarisSharisa Haris

    Bergelar pelakon bukan satu jaminan untuk terus dikenali apatah lagi mahu kekal relevan dalam industri. Itulah yang dilalui oleh aktres Sharisa Haris apabila dia kini terpaksa berniaga untuk mencari sesuap nasi.

    ‘Dulu aku seorang pelakon’

    Sharisa HarisSharisa Haris

    Menurut Sharisa, kehidupannya kini tidak seperti dahulu yang mana mungkin dia dikenali menerusi lakonan dalam drama dan filem.

    Pun begitu, Sharisa berkata dia bersyukur apabila pernah dicalonkan ‘Top 5’ di Anugerah Skrin 2014 ketika namanya masih aktif dalam dunia lakonan.

    Dulu aku seorang pelakon drama dan filem dalam industri Malaysia. Pernah juga menulis beberapa naskhah skrip drama dan travelogue.

    2019 adalah drama terakhir aku shoot (Adelle Sofea) arahan director yang sangat aku hormati dan kagumi iaitu abang Ejat atau Shahrulezad Mohameddin.

    Dulu mungkin orang kenal sebab berlakon tapi bukan famous sangat pun. Sekarang mesti orang tak kenal.

    Tetapi alhamdulillah pernah tercalon top 5 Pelakon Drama TV Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014.

    Sharisa berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran video di TikTok miliknya.

    Dalam pada itu, aktres tersebut berkata dia telah melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang cuci, hamba dan kini peniaga sate untuk menampung kehidupan.

    Dalam masa sama, Sharisa turut berpesan untuk percaya pada rezeki yang sudah diatur Ilahi.

    Perjalanan aku di dunia f&b (food and beverages) semakin serius pada tahun 2017.

    Bermula sebagai seorang cleaner, kemudian diberi peluang sebagai waiter dan kini diberi kepercayaan sebagai tukang bakar satay.

    Begitulah kisah akak sado (panggilan nama) dalam mencari sesuap nasi.

    Korang yang nampak video ini saya nak pesan, jangan curiga dengan rezeki setelah engkau berpenat lelah berusaha.

    Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas berkata mereka masih ingat beberapa drama lakonan Shahrisa.

    ALSO READ:  'Keberadaan Anak Kekal Menjadi Sebab Kami Berdua Menjaga Profesionalisme'

    Malah, wargamaya mendoakan aktres itu berjaya dalam apa jua bidang yang dilakukan selain mendoakan perniagaannya.

    Sekadar info, antara drama lakonan Sharisa adalah Monalisa, Aurora Aisyah, Adellea Sofea dan banyak lagi.

    Video

    @sharisaharis JANGAN CURIGA DENGAN REZEKI!!! @MAMA NOR TAMPIN ????? #capcut #akaksado #mamanor#CapCut ? Masa Laluku – Kangen Band

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts