Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSharnaaz Ahmad & David Teo ‘Hargai’ Bakat Aliff Syukri?-“Dia Ibarat Warna &...

    Sharnaaz Ahmad & David Teo ‘Hargai’ Bakat Aliff Syukri?-“Dia Ibarat Warna & Corak…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri masih lagi menjadi bualan sehingga ke hari ini selepas berkongsi sedutan lagu raya yang mendapat kecaman netizen selepas dia bersama beberapa penari mengenakan pakaian ketat.

    “Enjoy Je Lah Selagi Dia Masih Ada…”-Sharnaaz Ahmad

    Walaubagaimanapun, lain pula reaksi pelakon, Sharnaaz Ahmad menerusi hantaran di Insta Stories, menyifatkan kehadiran usahawan kosmetik sensasi ini diibaratkan sebagai warna dan corak dalam sesebuah industri.

    “Kalau tak ada dia dalam dunia seni bosan jugak. Asyik cerai, gaduh, putus, lokap (semua tu aku lah). Sebab dia ni ibarat warna dan corak dalam sesebuah industri.

    Walaupun orang kecam, orang macam dia tetap akan hibur dan cari masalah untuk tontonan kita. Enjoy je lah selagi dia masih ada.”-tulis Sharnaaz Ahmad

    David Teo Titip Kata Semangat

    Dalam pada itu, penerbit, David Teo berpendapat setiap individu mempunyai citarasa yang berbeza serta menitipkan harapan buat Aliff agar tidak berputus asa dan sentiasa menghasilkan karya.

    “Seni itu subjektif, tiada yang perlu di kecam. Setiap orang ada taste berbeza kita hanya mendengar dan melihat tanda support untuk rakan industri.

    Apa-apapun jangan give up penyanyi no syatuuu kita. Sentiasa menghiburkan dan berkarya.”-tulis David Teo di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

    Sekadar info, ibu kepada Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim tampil memberikan teguran secara terbuka selepas sedutan lagu raya anak lelakinya itu mengundang pelbagai kecaman netizen yang disifatkan tidak menghormati bulan Ramadhan.

    Tegas Rozita, dia menggesa Aliff untuk memadam sedutan lagu raya berkenaan jika masih menyayanginya sebagai seorang ibu.

    ALSO READ:  Ungku Ismail Kongsi Kisah Nad Zainal ‘Bunting Pelamin’ Selepas Sebulan Nikah-“Tak Expect Sebab..”



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts