Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSharnaaz Ahmad Kongsi Foto Bersama Amelia Henderson, Sakan Diusik Rakan Selebriti &...

    Sharnaaz Ahmad Kongsi Foto Bersama Amelia Henderson, Sakan Diusik Rakan Selebriti & Netizen!-“Bagai Pinang Dibelah Dua…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Sharnaaz Ahmad dilihat memberikan ucapan istimewa buat selebriti jelita gandingannya, iaitu Amelia Henderson menerusi filem aksi yang masih dalam proses penggambaran di bawah arahan Syafiq Yusof yang berjudul Blood Brothers.

    Sharnaaz menerusi hantaran di Instagram, menyifatkan gandingan pertamanya bersama Amelia yang memegang watak Sheila itu merupakan seorang aktres yang sangat berdisiplin serta komited apabila menjayakan sesebuah watak.

    “Thank you Sheila-(Amelia Henderson). Tak pernah kenal dengan dia before this. Ini adalah kali pertama saya mengenali dan bekerja bersama. Ya, saya sangat memilih siapa sparring wanita saya dalam filem sebab Mamu poyo. And yes, Amelia adalah perfect match untuk #Bloodbrothers. Dan selepas dia berlakon, saya tak boleh lihat wanita lain yang dapat membawakan watak ini lebih baik daripadanya.

    Terima kasih Amelia kerana menjadi aktres yang berdisiplin, komited, menepati masa dan power dalam filem ini. Kalau selalu kena usik tu biasalah. Sebab Mamu memang gatai pun.”-kapsyen Sharnaaz Ahmad di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

    “Bagai Pinang Dibelah Dua…”

    Walaubagaimanapun, hantaran Sharnaaz itu dibanjiri pula dengan usikan nakal rakan selebriti serta netizen, malah ada yang sempat berseloroh menyifatkan gandingan Amelia dan Sharnaaz bagai pinang dibelah dua.

    “Last day aku takde special post gini jaga nah.”-Shukri Yahya

    “Aku pun akan tunggu kalau aku wrap last day ada post gini tak.”-Andy Teh

    “Bagai pinang dibelah dua. Best combo ni 😍.”-Tiz Zaqyah

    “Apapun nanti kalau nak renjis jangan lupa ajak aku sekali sebab lama dah tak main renjis-renjis ni.”-Faezah Elai

    “Amboi Sharnaaz, tangan tu lebih-lebih ye. Nakal 😆.”

    “Dia ada bf , jangan kacau lah.”

    “Amelia ada boyfriend kot. Mamu cari yang single la Mamu.”

    Apa komen anda?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts