Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Tuesday, July 2, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentSharnaaz Ahmad Titip Rasa Syukur Dilepas Bebas Kes Cedera Pengawal Keselamatan-“Insya Allah...

    Sharnaaz Ahmad Titip Rasa Syukur Dilepas Bebas Kes Cedera Pengawal Keselamatan-“Insya Allah Mamu Tak Buat Hal Lagi…”

    -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon, Sharnaaz Ahmad terdahulu pernah ditahan reman selama tiga hari selepas disyaki menumbuk seorang pengawal keselamatan yang juga penghuni di sebuah kondominium pada Mei tahun lalu.

    Terkini, pelakon ini akhirnya telah dilepas dibebaskan oleh Mahkamah Majistret pada Jumaat atas pertuduhan berkenaan selepas mengemukakan representasi pada 2 Mei lalu untuk menggugurkan pertuduhan menumbuk pengawal keselamatan.

    “Akhirnya Mamu Bebas..”

    Sharnaaz menerusi hantaran di Instagram, turut menitipkan rasa syukur apabila dirinya kini telah dilepas bebas serta berterima kasih kepada kedua-dua pihak peguamnya, Datuk Wan Azmir Wan Majid serta Abu Bakar Isa yang membantunya dalam menyelesaikan kes.

    “Akhirnya Mamu bebas. Dekat sini Mamu nak ucapkan terima kasih kepada semua yang mengikuti kes Mamu dengan rapat. Dan Mamu nak ucapkan terima kasih kepada dua orang kuat (peguam) yang ada kat sini yang telah support Mamu dari tahun lepas hingga sekarang.

    Alhamdulillah, kes hari ini, hari Jumaat telah selesai. InsyaAllah Mahu tak buat hal lagi.”-kata Sharnaaz di Instagram

    Pelakon filem Polis Evo 3 ini didakwa menyebabkan kecederaan terhadap pengawal keselamatan yang juga penghuni kondominium, Izzul Islam Awang, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas, Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam, 16 Jun 2022.

    Dipetik dari laporan Sinar Harian, bapa kepada seorang anak lelaki, dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehinga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


    Related articles

    Follow Us

    20,434FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts