Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSharnaaz Ahmad Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Jebat Jayden – ‘Baba Semakin Tua,...

    Sharnaaz Ahmad Titip Ucapan ‘Birthday’ Buat Jebat Jayden – ‘Baba Semakin Tua, Harap Awak Sentiasa Di Sisi Hingga My Last Day’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sharnaaz AhmadSharnaaz Ahmad

    Umum mengetahui pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak tunggalnya, Jebat Jayden iaitu pada 30 Ogos.

    ‘Membesar jadi anak baik’

    Sharnaaz AhmadSharnaaz Ahmad

    Bersempena hari yang bermakna itu, Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, menitipkan ucapan istimewa buat anak tercinta yang kini menginjak usia enam tahun.

    Menerusi hantaran di Instagram, Sharnaaz mendoakan Jebat membesar menjadi anak yang soleh dan bijak.

    Happy birthday sayang baba (Sharnaaz). Hey boy (Jebat), macam semalam rasanya baba dukung awak. Awak semakin membesar dan menjadi anak yang bijak dari hari ke hari. Baba juga semakin tua.

    Awak adalah segalanya untuk baba. Setiap hari baba bangun tidur, baba dedikasikan hidup baba untuk awak dan ingin menjadi bapa yang terbaik. Kalau ada kurang, baba akan perbaiki lagi.

    Baba nak awak membesar jadi anak yang bijak, hormat orang tua dan sentiasa percaya yang awak boleh buat apa sahaja yang awak mahu jika meletakkan sepenuh hati kepada perkara itu.

    Dalam pada itu, Sharnaaz turut berdoa dapat meluangkan banyak masa dengan anaknya sehingga hembusan nafas terakhir.

    Pada tahun akan datang, awak dah boleh baca mesej yang baba tulis ini dan berharap awak sentiasa berada di sisi baba sehingga hari terakhir baba di dunia.

    Baba sayang awak sangat tau, selamat ulang tahun kelahiran anakku. Jebat Jayden Ahmad Bin Sharnaaz Ahmad.

    Sekadar info, Jebat merupakan anak hasil perkahwinan Sharnaaz dengan bekas isteri, Noor Nabila.

    Sharnaaz dengan Nabila mendirikan rumaah tangga pada 31 Mac 2017, namun berpisah pada Julai 2020.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)

    ALSO READ:  Gaya ‘Catwalk’ Anak Linda Jasmine & Que Haidar Raih Pujian – ‘Saya Tak Hantar Ke Mana-Mana Pun, Dia Pandai Sendiri Je’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts