Sebagaimana yang diketahui ramai, pelakon Sharnaaz Ahmad telah menghabiskan masa bercuti bersama kekasihnya, Amelia Christie dan juga bekas isterinya, Noor Nabila serta anak lelaki mereka, Jebat Jayden di Jepun, bermula dari 11 Disember yang lalu.
“Terima Kasih Teman Baba Main Crane Game, Menang Banyak Hadiah…”
Pada masa sekarang, Sharnaaz dilihat menitipkan ucapan istimewa buat putera tunggalnya serta video yang memaparkan Sharnaaz sedang menyikat rambut Jebat ketika bercuti di negara matahari terbit itu.
“Anak lelakiku Jebat Jayden Ahmad. Terima kasih untuk percutian ini, anda mempunyai hati yang sangat baik, luar dan dalam. Baba syukur ada anak yang bijak, pintar, lawak dan sihat.
Thank you teman baba main crane game, menang banyak hadiah. Main snow. The most beautiful thing in this trip is your time with me, not the location that matters.
Selagi boy ada sebelah baba, saya adalah lelaki yang paling bahagia di bumi ini, Saya lakukan semua ini untuk anda dan hanya anda.”-ucapan Sharnaaz buat Jebat
“Untung Jebat Dapat Baba Penyayang…”
Info tambahan, Jebat Jayden adalah anak hasil perkahwinan Sharnaaz Ahmad bersama Noor Nabila yang berkahwin pada tahun 2017.
Walau bagaimanapun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan setelah membuat keputusan untuk berpisah pada tahun 2020.