Penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang meluahkan pandangannya berhubung senario di media sosial tentang pasangan suami isteri yang bercerai.
‘Dah ada pula jantan yang meroyan di media’
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Michael berpendapat bahawa sudah menjadi lumrah, sekiranya berlaku perceraian, si isteri akan lebih beremosi tetapi tidak bagi satu pasangan pempengaruh ini yang menunjukkan si suami lebih ‘loud’ memburukkan bekas isterinya di media sosial.
Setahu saya, dekat Malaysia ni kalau pasangan bercerai selalu perempuan yang akan meroyan gila-gila. Lah dah ada pula jantan yang meroyan di media. Memang dunia dah terbalik ni.
Satu pesanan kepada netizen, kita enjoy semua konten meroyan dan bodoh tu but untuk anak-anak, keluarga dan rakan rapat, saya percaya diorang akan rasa malu.
Mungkin bukan hari ini tapi masa akan datang. Jadi pakai lah otak ye.
Tambah Michael lagi, individu yang suka membuka aib pasangan sendiri itu langsung tidak memikirkan perasaan anak-anak dan keluarga.
‘Itu perbuatan budak sekolah’
Menjengah ke ruangan komen, Sharnaaz Ahmad kurang bersetuju dengan tindakan segelintir individu yang membuka aib pasangan di hadapan anak-anak.
Ramai bertepuk tangan, bukan simpati pun kalau macam ni.
Jangan sesekali ceita buruk bekas isteri depan anak-anak, itu perbuatan budak sekolah.
Terdahulu, pempengaruh dan usahawan, Jofliam menerima kecaman dan teguran daripada netizen susulan tindakannya yang memburukkan bekas isterinya, Cik Epal di hadapan dua anak mereka iaitu Han dan Yuki.