Penyanyi Sharul Kamal mengakui namanya kembali dikenali selepas dia menyertai program Famili Duo 4 (FD4).
‘Comeback’
Sharul, 28, berkata, dia mahu menggunakan peluang tersebut untuk membuat kemunculan semula dan kembali aktif dalam industri.
Saya sentiasa bersedia untuk segala kemungkinan sejak hari pertama jejak kaki dalam industri.
Saya sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk peminat setiap kali menghasilkan karya.
Mungkin sebelum ini saya kekurangan platform atau perhatian yang menyebabkab saya sedikit ke belakang.
Apabila dapat peluang di FD4, saya tak mahu main-main lagi, mahu berikan sehabis baik. Semoga semua selepas ini boleh terima karya saya.
Sharul berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di konsert akhir FD4 yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, pada Ahad.
Kelab peminat
Tutur Sharul lagi, hubungannya dengan kelab peminat juga semakin akrab.
Saya lihat pengikut juga semakin mempercayai bakat saya sejak saya sertai FD4.
Saya juga lebih dekat dengan peminat sebab setiap minggu habis sahaja kosnert akan berjumpa dengan mereka.
Dalam perkembangan lain, Sharul berkata dia akan mengeluarkan lagu baharu pada awal tahun 2025.
Terdahulu, Sharul bersama pasangan duonya, Tomok memenangi tempat ketiga FD4 sekali gus berjaya membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM20,000.