Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShaza Bae Kongsi Detik Cemas Terlibat Kemalangan Gara-Gara Pemandu Mabuk, Cetus Pelbagai...

    Shaza Bae Kongsi Detik Cemas Terlibat Kemalangan Gara-Gara Pemandu Mabuk, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Shaza Bae berkongsi detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bandar Baru Bangi, malam tadi.

    Berpunca Pemandu Mabuk

    Shaza Bae atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Muhamad Zamri menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa kemalangan yang berlaku ketika dirinya baru pulang dari penggambaran itu adalah berpunca daripada sebuah kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang pemandu mabuk.

    “Kejadian semalam selepas pulang shooting jam 9.59 malam di Bandar Baru Bangi. Sebuah kereta Ford memandu dengan laju melanggar Axia di hadapan kami sehingga menyebabkannya berpusing dan melanggar kereta pembantu saya dan menyebabkan beberapa kemalangan lain.

    Total kereta yang terlibat dalam kemalangan ada 4. Wanita yang berada di dalam Axia itu sedang hamil. Kami masih belum mengetahui status keadaannya.

    Pemandu Ford itu sedang mabuk. Saya boleh meninggal dunia malam tadi, tetapi Alhamdulillah Allah Maha Pelindung.”-kongsi Shaza Bae di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by SHAZA 🦋 (@shazabae_)

    Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

    Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa berang terhadap pemandu mabuk tersebut yang telah menyebabkan berlaku kemalangan individu lain.

    “Hmm kes bawa kenderaan mabuk ni dah banyak, tapi tetap tak ada ketegasan dalam undang-undang orang mabuk ni. Tak faham laa sampai bila nak butakan mata untuk orang mabuk macam ni.”

    “Nak carut je bila ada yang memandu ketika mabuk. Semoga Allah lindungi semua.”

    “Geram la orang yang keadaan tak stabil bawak kereta. Susahkan orang sungguh. Semoga baik-baik sahaja untuk anda.”

    “Syukur! Harap semua orang selamat! Must be a traumatic experience for everyone involved. Stay safe!.”

    Apa komen anda?



    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts