Penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid meluahkan rasa kesal terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab yang mendakwa dirinya sedang menghidap penyakit arthritis sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda.
Sheila Majid, menerusi hantaran di Instagram, yang turut memuatnaik tangkap layar berita palsu mengenainya turut mempersoalkan tindakan pihak terlibat yang bersikap tidak jujur dalam menjual produk.
“Sangat merepek! Ini adalah berita PALSU. 5 tahun yang lalu, saya sibuk dengan kerja dan melancong sebelum fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Dan jika benar saya menghidap ‘penyakit’ ini pasti media tempatan akan melaporkannya pada 5 tahun yang lalu. Kenapa baru sekarang? Mengapa perlu tidak jujur dalam cuba menjual produk anda.
Adakah anda tidak mempunyai sebarang keyakinan bahawa anda perlu mengaitkan nama saya dengannya?”-tulis Sheila Majid di Instagram
Sedang Menjejaki Pelaku
Dalam pada itu, isteri kepada pengarah muzik, Datuk Acis ini menegaskan bahawa dia sedang menjejaki pelaku yang sanggup bertindak sedemikian selepas tular berita palsu sebelum ini yang mendakwa dirinya menggunakan produk diet untuk kekal langsing.
“Saya telah mencari dalang ini sejak mereka telah menuduh saya menggunakan produk diet untuk kekal langsing, tetapi malangnya tidak berjaya.
Saya tidak dapat mencari sumbernya. Mereka tahu bagaimana untuk memanipulasi dan menyembunyikan sistem.”-kongsi Sheila Majid
View this post on Instagram
Semoga dalang terlibat yang menyebarkan berita palsu ini akan dapat ditangkap dan dihukum dengan sewajarnya.
Apa komen anda?