Pelakon, Sheila Rusly mencuri tumpuan ramai susulan perkongsiannya yang memaparkan dia sekeluarga berada di sebuah masjid bagi menemani teman wanita anaknya untuk memeluk agama Islam.
Alhamdulillah
View this post on Instagram
Menerusi video tersebut kelihatan kesemua mereka yang mengenakan pakaian berwarna hitam sedang duduk sambil menjadi saksi bakal menantu Sheila iaitu Beatrice Chitra mengucap dua kalimah syahadah dengan bimbingan seorang ustaz.
Tidak dapat menahan sebak, Beatrice atau lebih mesra dengan panggilan Bea menitiskan air mata selepas selesai mengucap dua kalimah syahadah.
Mereka yang berada di situ termasuk teman lelaki Bea iaitu Luth Mikhail turut tidak menahan sebak menyaksikan kehadiran saudara baharu yang memeluk Islam.
Dalam pada itu, Sheila dan suami, Jinggo meluahkan rasa syukur atas hidayah yang dikurniakan Allah SWT.
Komen