Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentSheila Rusly Teman Bakal Menantu Peluk Islam, Anak Lelaki Sheila Rusly Sebak...

    Sheila Rusly Teman Bakal Menantu Peluk Islam, Anak Lelaki Sheila Rusly Sebak Teman Wanita Dapat Hidayah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon dan penerbit terkenal Sheila Rusly sekali lagi mencuri perhatian apabila beliau dilihat menemani bakal menantunya, Baetrice Chitra, yang mesra disapa Bae, dalam satu majlis penuh bermakna di sebuah masjid baru-baru ini.

    Dalam majlis tersebut, Bae telah mengucap dua kalimah syahadah, menandakan beliau sah memeluk agama Islam dengan bimbingan seorang ustaz.

    Detik penuh bermakna itu sempat dirakam dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram Sheila. Video tersebut memaparkan suasana penuh hening dan khusyuk ketika Bae mengucapkan dua kalimah syahadah, sambil disaksikan oleh Sheila, Luth Mikhail, yang merupakan bakal suami Bae, dan beberapa orang ahli keluarga terdekat.

    Sejurus selesai mengucap syahadah, Bae tidak dapat menahan air mata yang mengalir, melambangkan keikhlasan dan keindahan momen tersebut.

    Tangisannya turut disambut oleh Luth yang kelihatan sebak melihat teman wanitanya kini sah bergelar saudara baharu.

    Momen tersebut turut meninggalkan kesan mendalam kepada rakan-rakan selebriti dan pengikut Instagram Sheila. Ruangan komen video itu dipenuhi dengan ucapan tahniah dan doa daripada mereka yang tersentuh melihat detik indah tersebut.

    Aktres Nurkhiriah turut menzahirkan rasa terharu dengan menulis, “Masya-Allah, cantiknya. Sebak pula tengok video ini, semoga awak dan keluarga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah.”

    Dramatis Zarina Zainuddin pula turut meluahkan rasa syukur, “Ya Allah, cantik sungguh aturan Allah. Semoga dipermudahkan segalanya buat Mika, Aunty Ina doakan berkekalan hingga ke jannah.”

    Pelakon Dayana Roza tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut, “Alhamdulillah, sebak tengok video ini. Tahniah Luth Mikhail.”

    Detik ini bukan sahaja menggambarkan perjalanan seorang insan yang mencari kebenaran, tetapi juga keindahan Islam yang mempersatukan hati-hati mereka yang berbeza latar belakang.

    ALSO READ:  10 Tahun Berehat Daripada Menyanyi, Mila Jirin Kini Teringin Mahu Bersaing Di Pentas AJL

    Semoga Bae terus mendapat keberkatan dalam perjalanan barunya ini dan penyatuan Luth serta Bae nanti akan diberkati dengan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke syurga.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts