Komen yang ditinggalkan seorang pengguna media sosial pada video memaparkan Sherry Ibrahim menyanyikan semula atau ‘cover’ lagu ‘Sampai Menutup Mata’ telah mencuri perhatian akrtes tersebut.
Curi perhatian Fattah?
Menerusi komen itu, individu terbabit berkata, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 41, seolah-olah sengaja mencari perhatian selepas aktor Fattah Amin bercerai dengan bekas isteri.
Dia (Sherry) ini macam perasan je lepas Fattah berpisah dengan Fazura.
Tidak berdiam diri, pelakon drama Cinta Ibadah itu berasa berang dengan komen berkenaan dan meminta individu terbabit tidak menyebarkan fitnah.
Apa masalah awak? Jangan buat fitnah dekat sini.
Menerusi pemerhatian , ini bukan kali pertama aktres berkenaan memuat naik konten ‘cover’ sedemikan kerana sebelum ini banyak juga video menyanyi yang dimuat naik di TikTok miliknya.
Terdahulu, Sherry mencuri perhatian apabila menitipkan kata-kata semangat kepada Fattah sejurus beberapa jam selepas aktor itu melafazkan cerai terhadap bekas isteri, Nur Fazura.