Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShiha Zikir Dan Aya Amiruddin ‘Naik Hantu’ Ketika Berduet?

    Shiha Zikir Dan Aya Amiruddin ‘Naik Hantu’ Ketika Berduet?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pernahkah anda membayangkan Shiha Zikir dan pempengaruh media sosial yang sedang meningkat naik, Aya Amiruddin berduet dalam satu lagu?

    Kolaborasi impian yang unik ini akhirnya tercapai menerusi lagu ‘Naik Hantu’, lagu runut bunyi filem Pontianak 200KG.

    Gabungan Yang Sangat Energetik

    Gabungan suara merdu Shiha Zikir dan rap energetik Aya Amiruddin dalam lagu terbaru ‘Naik Hantu’ di bawah syarikat rakaman Alternate Records, bakal meremangkan carta lagu!

    ‘Naik Hantu’ lagu bergenre Pop Rock telah berkumandang sejak 24 Julai lalu, ciptaan Iqie Hugh, Shazriq Azeman, dan Omar K, diinspirasikan daripada elemen seram dan jenaka untuk filem Pontianak 200KG.

    Dengan lirik yang catchy tetapi seperti menyimpan sedikit misteri dan irama yang menular, ‘Naik Hantu’ berhasil menciptakan atmosfera menyeramkan tetapi menghiburkan dan dijamin akan membuat pendengar terhibur dan ikut bergoyang.

    Lagu ‘Naik Hantu’ mengisahkan percintaan yang pada mulanya kelihatan tenang dan indah, tetapi lama-kelamaan menyedari ada keburukan pada pasangannya.

    Mempunyai Mesej Yang Tersendiri

    via Instagram Shiha Zikir

    Lagu ini menyampaikan mesej bahawa kita tidak boleh terburu-buru dalam membuat kesimpulan dan harus menyelidik punca sebenar sesuatu kejadian.

    Filem ‘Pontianak 200KG’ adalah sekuel kepada Pontianak 100KG dan kali ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aya Amiruddin, Dottie, Ropie, Ziana Zain, Apich Lo, Niezam Zaidi, Wanns Ahmad, Maliababy, Shaf Naufas, dan ramai lagi.

    Lagu runut bunyi filem ‘Naik Hantu’ pasti akan menambahkan lagi kehebatan filem ini dan membuat penonton terhibur.

    Sementara menantikan tayangan filem, nikmati dulu lagu ‘Naik Hantu’ yang dinyanyikan oleh Shiha Zikir dan Aya Amiruddin.

    Kini, boleh didengari melalui pelbagai aplikasi dan platform penstriman dalam talian.

    Untuk maklumat terkini berhubung Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok.

    ALSO READ:  Dedah Nama & Wajah Anak, Ramai Yang Tidak Tahu Syafiq Farhain Telah Berkahwin?

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts