Penyanyi, Shila Amzah telah meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang melemparkan fitnah terhadap rakan selebriti, Amylea Azizan yang baru sahaja mengadakan majlis resepsinya bersama suami iaitu Mohammad Aqbar.
Amylea Dituduh Minta Bantuan Orang Ramai Untuk Rawat Bapa Yang Sakit?
Shila Amzah menerusi hantaran di Insta Stories, dilihat memuatnaik tangkap layar komen netizen yang mempersoalkan penyanyi lagu Bukan Cinta ini didakwa pernah meminta bantuan orang ramai untuk merawat bapanya yang sedang sakit sebelum mengadakan majlis resepsi yang mewah.
“Baru-baru ni aku tengok Amylea ni minta bantuan ayah dia sakit, tup-tup tengok dia nikah mewah pulak.”-komen seorang netizen
“Tu Semua Fitnah Orang Yang Sakit Otak…”
Tidak berdiam diri, Shila tampil membidas netizen berkenaan dengan mendakwa tuduhannya itu adalah satu fitnah dan menjelaskan bahawa bapa kepada Amylea telahpun meninggal dunia.
“Itu FITNAH, bapa dia dah meninggal dah. Lain kali jangan main FB. Tu semua fitnah orang yang sakit otak sanggup guna gambar bapa dia time sakit untuk buat cerita bodoh macam ni. Membabi buta percaya ni tak elok.”-bidas Shila
Tambah Shila, dia akui sangat geram dengan orang ramai yang suka percayakan gosip atau berita yang dibaca di atas talian tanpa mengetahui kesahihan berita tersebut.
Tak baik main tuduh tanpa mengetahui kesahihan berita itu..