Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShila Amzah Kongsi Foto Wajah Lebam, Dedah Trauma Nak Jejak Kaki Ke...

    Shila Amzah Kongsi Foto Wajah Lebam, Dedah Trauma Nak Jejak Kaki Ke Pulau Pinang – ‘Terima Kasih Ubai Kerana Selalu Ada’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, Shila Amzah memaklumkan dia nekad untuk bercuti ke Pulau Pinang bersama suami dan keluarganya meskipun sudah lebih sedekat berdepan dengan trauma untuk ke lokasi tersebut.

    Trauma di Pulau Pinang

    Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Nurshahila Amir Hamzah memaklumkan bahawa Pulau Pinang pernah menjadi tempat yang menghantui dirinya selepas berdepan dengan detik hitam satu ketika dahulu.

    Mungkin ramai yang tidak tahu ini, Pulau Pinang adalah tempat yang membuatkan saya trauma untuk pergi.

    Terdapat beberapa insiden di Pulau Pinang pada 10 tahun yang lalu telah menghantui saya dan saya tidak pernah dapat mengatasinya.

    Saya sudah mencuba untuk mengatasi perasaan trauma tersebut sejak lebih tiga tahun yang lalu namun gagal.

    Walau bagaimanapun, pemilik lagu ‘Patah Seribu’ mahu melupakan peristiwa hitam tersebut dan mahu mencipta memori indah bersama suaminya, Ubai MZ.

    Shila juga bersyukur kerana dapat menguatkan diri dan bercuti ke Pulau Pinang dengan bantuan dan kehadiran Ubai di sisi.

    Sehinggalah baru-baru ini kami memutuskan untuk bercuti bersama keluarga dan saya mencadangkan Pulau Pinang.

    Ubai tahu segala-galanya (trauma) dan bertanya kenapa Pulau Pinang.

    Saya cakap, ‘Nak cipta kenangan baru bersama keluarga kecil kami’. Dan akhirnya, kami berjaya melakukannya.

    Saya sangat bersyukur kerana dapat mengatasi trauma ini dan saya sangat berterima kasih kepada Ubai kerana ada bersama dengan saya.

    Kongsi foto wajah lebam

    Sementara itu, Shila tampil menjawab persoalan netizen yang bertanyakan punca traumanya menerusi hantaran di Instagram Story.

    Menerusi perkongsian tersebut, anak kepada penyanyi ND Lala memuat naik gambar memaparkan matanya yang bengkak dan lebam seakan ditumbuk oleh seseorang.

    ALSO READ:  ‘Salah Ke Minta Melutut? Dia Cakap Anak Aku Macam Dajjal, Muka Hisap Batu’ – Isteri Caprice

    Walau bagaimanapun, Shila tidak berkongsi secara terperinci mengenai kejadian itu sebaliknya hanya meninggalkan emoji senyum.

    Sekadar info, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki pada 2018 namun berpisah pada Februari 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya maya lelaki, Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

    Shila kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pempengaruh, Ubai MZ pada Ogos tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts