Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShila Amzah Luah Pandangan Tentang Konflik Perceraian – ‘Settle Je Dengan Hakam’

    Shila Amzah Luah Pandangan Tentang Konflik Perceraian – ‘Settle Je Dengan Hakam’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    shilashila

    Kontroversi rumah tangga pasangan pelakon Bella Astillah dan Aliff Aziz mendapat perhatian ramai sejak aktor tersebut ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies pada Mac lalu.

    Pandangan Shila

    shilashila

    Menerusi ciapan di platform X, Shila atau nama lengkapnya Nur Shahila Amir Amzah mencadangkan agar kaedah cerai secara hakam digunakan.

    Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun hantaran tersebut dipercayai merupakan respon Shila terhadap kemelut rumah tangga yang melanda antara Bella dan Aliff.

    Settle je dengan hakam.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Patah Seribu tersebut turut berdoa untuk individu yang bergelar suami atau isteri agar konflik rumah tangga mereka dapat diselesaikan.

    Semoga Allah permudahkan segala jalan buat isteri atau suami yang teraniaya, yang telah didera emosi, fizikal dan kewangan.

    Semalam, Aliff yang hadir di mahkamah menyatakan bahawa dia enggan melafazkan cerai terhadap Bella kerana masih sayang dan mahu pertahankan rumah tangga mereka demi anak-anak.

    Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendakwa Aliff telah berlaku curang. Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.

    Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.

    Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

    Pasangan tersebut pernah bercerai talak satu pada 16 Mei 2019 namun kembali rujuk semula dalam tempoh edah.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Elly Mazlein Percaya Suami, Tak Pernah ‘Check’ Telefon – ‘Tolong Jangan Musnahkan Kepercayaan Mama’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts