Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShila Amzah Mahu Mangsa Keganasan Rumah Tangga Berani Bersuara & Pertahankan Diri...

    Shila Amzah Mahu Mangsa Keganasan Rumah Tangga Berani Bersuara & Pertahankan Diri – ‘Lawan, Tinggalkan Hubungan Toksik Itu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Shila AmzahShila Amzah

    Penyanyi Shila Amzah memberitahu tindakannya berkongsi mengenai sebuah hantaran membabitkan isu keganasan rumah tangga bertujuan mahu mangsa yang teraniaya supaya bangkit dan bersuara mempertahankan diri mereka.

    Mangsa perlu bersuara

    Shila AmzahShila Amzah

    Pernah merasai hubungan toksik, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, isu keganasan rumah tangga tidak boleh dipandang remeh kerana perkara itu akan memberi kesan buruk kepada institusi perkahwinan dan anak-anak.

    Tujuan saya berkongsi adalah sekadar meluah, kerana saya sendiri pernah alami. Apabila nampak kisah keganasan rumah tangga, saya rasa pasti ada wanita atau lelaki sekali pun sedang berdepan masalah tersebut.

    Jadinya, mereka perlu lawan dan tinggalkan hubungan toksik itu. Sebelum terlambat dan jadi makin teruk. Mereka berhak bersuara.

    Kebiasaannya, isu keganasan rumah tangga dipandang enteng dan tidak didengari. Itu yang amat menggusarkan. Lebih teruk apabila melibatkan perkahwinan dan anak-anak.

    Sekiranya mereka yang teraniaya bersuara, setidaknya si pelaku akan takut kerana mangsa berani ke depan dan bersuara pertahankan diri.

    Isu keganasan rumah tangga bukan bermula ketika sudah berumah tangga, sebenarnya boleh wujud ketika pasangan itu masih bercinta. Dari situ sudah boleh nampak.

    Shila berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di program MeleTOP yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, pada Selasa.

    Bukan Ubai

    Shila AmzahShila Amzah

    Dalam pada itu, Shila turut mengulas mengenai salah faham yang berlaku dalam kalangan wargamaya apabila mendakwa hantaran mengenai isu keganasan rumah tangga dibuatnya itu ditujukan kepada suami, Ubai.

    Ubai kecewa (dalam nada seloroh). Saya cakap dengan dia bukan ditujukan kepada dia. Ubai cakap ramai netizen dekat media sosial dakwa dia pukul saya.

    Tutur pelantun lagu Memori Tercipta itu lagi, susulan isu keganasan rumah tangga yang menjadi topik hangat ketika ini, dia teringat akan sebuah naskhah yang tergendala ditulisnya ketika menempuhi fasa perceraian dengan bekas suami.

    Disebabkan kejadian tersebut, saya teringat pernah tulis satu lagu ketika perceraian dengan bekas suami dua tahun lalu.

    Pada ketika itu saya terlalu stress dan trauma sampai tak boleh nak habiskan lagu tersebut. Jadi sekarang saya sambung buat lagu itu dengan bantuan Ubai.

    Ubai bantu saya harungi perasaan trauma yang saya alami dan akhirnya berjaya juga saya habiskan tulis lagu tersebut.

    Sebagai penyanyi dan pencipta lagu, selalunya medium begini digunakan untuk mencipta karya. Apa yang ditulis dalam lagu hanya perasaan ketika itu sahaja. Ibarat menulis diari, rasa lega lepas menulis.

    Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki pada 2018 namun berpisah pada Februari 2022. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya maya lelaki, Seth Uwais.

    ALSO READ:  Anak Sibuk Cari Kerja, Bapa Buat ‘Projek’ & Paksa Menantu Bersetubuh! Siap Ugut Dengan Pisau

    Shila kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pempengaruh, Ubai MZ pada Ogos tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts