Penyanyi, Shila Amzah sebelum ini pernah membuat perkongsian mengenai Pulau Pinang yang telah membuatkannnya trauma suatu ketika dahulu.
Shila menerusi hantaran di Instagram, menceritakan bahawa terdapat beberapa insiden yang berlaku di Penang telah menghantuinya selama lebih 10 tahun.
“Ramai di kalangan anda tidak tahu, Penang sangat trauma-kan saya. Beberapa insiden berlaku di Penang dan saya tidak tahu cara menanganinya, selama lebih 10 tahun.”-jelas Shila
View this post on Instagram
“Apa Yang Jadi Kat Penang Sampai Sha Trauma Sangat?…”
Shila Amzah turut disoal peminat menerusi pautan Ask Me A Question mengenai apakah yang membuatnya terlalu trauma dengan Pulau Pinang.
“Maaf bertanya dan jika anda tidak kisah, apa yang jadi kat Penang sampai Sha trauma sangat?-soal peminat
Tidak berdiam diri, Shila menjawab persoalan peminatnya itu dengan memuatnaik satu foto yang memaparkan sebelah matanya cedera teruk kerana dipukul.
Walaubagaimanapun, Shila kini telah menemui kebahagiaannya bersama suami tercinta, Ubai serta kedua-dua cahaya mata mereka.
“Baru-baru ini kami membuat keputusan mahu adakan percutian keluarga, Ubai tahu segalanya dan saya cadangkan Pulau Pinang.
Dia tanya saya kenapa, saya cakap saya mahu cipta kenangan baru bersama keluarga kecil kita.
Akhirnya, kami berjaya. Saya bersyukur yang saya berjaya melakukan bersamanya dan saya berterima kasih mempunyai dia dalam hidup saya.”-tulis Shila lagi
Sama-sama kita doakan agar keluarga ini sentiasa berada di bawah lindungan Allah..