Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShokz Perkenal OpenRun Pro 2, Banyak Promosi Menarik Menanti!

    Shokz Perkenal OpenRun Pro 2, Banyak Promosi Menarik Menanti!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Shokz, peneraju global dalam teknologi bone conduction audio baru sahaja memulakan roadshow pertamanya di Malaysia kepada orang ramai dan berjaya menarik perhatian lebih 200 pelanggan pada hari pembukaan.

    Roadshow yang diadakan di East Atrium, Mid Valley Megamall, mempamerkan inovasi terkini jenama itu, termasuklah Shokz OpenRun Pro 2  yang dinanti-nantikan, selain menawarkan zon interactive fitness dan promosi eksklusif kepada pengunjung.

    Shokz OpenRun Pro 2, bintang acara berkenaan telah diperkenalkan kepada para hadirin. Direka untuk atlet dan fitness enthuasists, OpenRun Pro 2 menampilkan teknologi pengaliran tulang khas Shokz, menawarkan kualiti bunyi premium, keselesaan dan keselamatan untuk pengguna aktif.

    Dengan bass yang dipertingkatkan dan hayat bateri yang tahan lama, model canggih ini sesuai buat sesiapa sahaja yang mencari prestasi audio unggul dan peka dengan persekitaran mereka.

    Pengurus Jualan Shokz, Aaron Zhang meluahkan rasa teruja untuk memberikan pengalaman Shokz bersama pelanggan di seluruh Malaysia.

    “Kami teruja untuk memperkenalkan teknologi terkini kami yang meningkatkan pengalaman kecergasan dan audio.

    Matlamat kami adalah untuk melibatkan diri bersama komuniti dan memberikan faedah unik produk kami dalam persekitaran praktikal.”-Kata Aaron

    Pelbagai promosi sepanjang roadshow yang akan diteruskan sehingga 29 September ini. Pelanggan turut berpeluang untuk mencuba produk Shokz dan menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuklah Shokz Flash Sales.

    Bermula dari 24 September, dari 1:00 petang hingga 2:00 petang dan 6:00 petang hingga 7:00 malam, sepuluh (10) pelanggan bertuah untuk setiap sesi akan berpeluang membeli OpenRun Pro pada harga RM699 sahaja!.

    Jangan lepaskan peluang anda untuk merebut promosi eksklusif dan menjadi sebahagian daripada acara unik ini. Kunjungi kami di Atrium Timur, Mid Valley Megamall hari ini!

    ALSO READ:  Muat Naik Foto Puteri Sarah & Bella Astillah Di IG, Kapsyen Patimah Ismail ‘Mereka Yang Teraniaya Oleh Perampas’ Curi Tumpuan!

    Related articles

    Follow Us

    20,240FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts