Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri kini dilihat meneruskan kehidupan yang bahagia bersama anak-anak setelah sah bercerai talak satu dengan Hafidz pada akhir Julai lalu.
Bercuti Bersama Anak-Anak Di Jepun
Tiba di Jepun sejak 13 Ogos lalu, Shuhada menerusi hantaran di Instagram dilihat menonton wayang bersama Humaira dan Umar di salah sebuah pawagam yang terletak di Shinagawa, Tokyo.
“Satu janji pernah dilakukan, saya dan so-called boyfriend dan lain lagi berjanji akan melakukan cinema hunting bersama-sama dan jika dah ada anak pun kami akan bawa mereka bersama, jadi kami bermula dengan pawagam Korea, dan berakhir di sana 😂.
Kini saya teruskan kembali dengan anak-anak, Umar dan Humairah. kami berjanji akan buat cinema hunting bersama sehingga selamanya.”-kongsi Shuhada di Instagram
Dituduh Buruk-Burukkan Bekas Suami?
Di sebalik ramai yang berkongsi rasa bangga melihat ibu kepada dua cahaya mata ini menghabiskan masa dengan bercuti di luar negara, perkongsian Shu mendapat komen negatif dari salah seorang netizen yang secara tiba melemparkan tuduhan dengan mendakwa Shu memburuk-burukkan bekas suaminya.
Shuhada Beri Respon!
Tidak berdiam diri, Shuhada dilihat membalas komen netizen berkenaan dengan mempersoalkan identitinya, malah turut menitipkan pesanan agar individu berkenaan tidak melampaui batas.
“Fuhh dia lagi tahu diri aku dari diri aku, tahu aku pergi mana semua, siapakah anda?
The one who so called ex ke? He let you know what he wanted you to know je mamm!
Dont go too far, lain jadinya nanti.”-balas Shuhada
Apa komen anda?
Credit: Selebriti – Murai MY