Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShuhada Dedah Hafidz Roshdi Sudah 11 Bulan Tidak Menjenguk Anak – “Tiada...

    Shuhada Dedah Hafidz Roshdi Sudah 11 Bulan Tidak Menjenguk Anak – “Tiada Beli Baju Raya Anak-Anak”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mendakwa bekas suaminya sudah 11 bulan tidak menjenguk anak, malah persiapan raya juga tidak disediakan.

    Hafidz Tidak Menolong Persiapan Raya

    via Instagram Shuhada Shukri

    Bagaimanapun, dalam kenyataan yang dipetik dari Berita Harian, Shuhada sendiri tidak kisah dengan perkara tersebut asalkan emosi anaknya Humairah dan Umar tak terjejas ketika sambutan Aidilfitri.

    Saya tak pasti sama ada bekas suami nak jenguk anak-anak pada Aidilfitri. Saya lihat Humairah dan Umar seronok beraya di Perlis, banyak juga dapat duit raya.

    Namun, saya kasihan juga pada Umar sebab sudah 11 bulan tak berjumpa dengan bapanya.

    Tapi, Alhamdulillah, mereka tetap baik-baik sahaja.

    Malah Shuhada juga mendedahkan bahawa Hafidz juga tiada menolong dalam persiapan Raya termasuklah membeli baju raya untuk anak-anaknya.

    Tidak Menjejaskan Emosi Shuhada

    via Instagram Shuhada Shukri

    Shuhada juga turut memaklumkan bahawa tahun ini merupakan kali pertama dia beraya dengan status baharu sebagai sebagai ibu tunggal, namun gelaran tersebut tidak sedikit pun menjejaskan emosinya.

    Rasa sayu jauh sekali, sebaliknya saya meraikan Hari Lebaran dengan penuh kesyukuran, ketenangan dan kebahagiaan walaupun memegang status baharu.

    Mengulas sambutan Aidilfitri tahun ini, Nurul Shuhada bersyukur dapat meraikan bersama anak-anaknya, Humairah dan Umar.

    Sebagai rekod, sebelum ini Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun bercerai pada 27 Julai tahun lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts