Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada mengakui dirinya sudah marah terlalu jauh selepas memuat naik beberapa hantaran mengenai bekas suaminya di media sosial sejak semalam (Rabu).
Mohon ampun pada Allah SWT
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri memohon ampun kepada Allah SWT atas tindakan yang dilakukannya.
Menurut Shuhada, dia kini menyerahkan segalanya kepada Allah SWT dan yakin pembalasan daripada Tuhan itu adalah lebih baik dan pedih.
‘Archive’ segala posting
Sementara itu, menerusi hantaran lain, Shuhada memaklumkan dia telah membuat keputusan untuk mengarkibkan segala hantaran mengaibkan Hafidz kerana sudah tidak mahu membuang masa bergaduh di media sosial.
Tambah Shuhada, dia kini mahu memberikan fokus untuk menjadi ibu yang baik kepada dua anaknya di samping ingin menjaga nama baik semua pihak yang menyokongnya.
Terdahulu, Shuhada mencuri perhatian apabila berkongsi tangkap layar perbualan lucah yang didakwa antara Hafidz bersama seorang wanita.
Bukan itu sahaja, bekas pasangan suami isteri ini juga dilihat saling berbalah melibatkan isu nafkah anak-anak.
Untuk rekod, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun disahkan bercerai pada 27 Julai lalu.
Hafidz Roshdi kemudian berkahwin pula dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada Disember 2023.
Hasil perkongsian hidup bersama Shuhada, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.