Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShuhada Perjelas Isu Komen Puteri Sarah Bakal Berkahwin-“Ini Benar-Benar Salah Faham..”

    Shuhada Perjelas Isu Komen Puteri Sarah Bakal Berkahwin-“Ini Benar-Benar Salah Faham..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ex-wife kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada tampil beri penjelasan berhubung isu memberikan komen seolah-olah memberikan ‘hint’ bahawa pelakon Puteri Sarah bakal mendirikan rumah tangga semula.

    “Ini Benar-Benar Salah Faham Yang Besar…”

    Shuhada, menerusi Insta Stories menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah salah faham, serta komen yang diberikan itu hanyalah menzahirkan rasa bahagia kepada semua orang yang dihormatinya.

    “Alamak, ini benar-benar salah faham yang besar. Komen Shu tu betul-betul menzahirkan rasa bahagia untuk semua orang yang Shu hormati, dan pandang tinggi. Tak ada apa-apa berkait untuk apa-apa perkahwinan.”-jelas Shu

    Tampil Mohon Maaf

    Tidak menyangka komen yang diberikan itu telah diputar-belit, Shu menyatakan bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk mencari publisiti. Malah, dia sendiri sudah memohon maaf kepada Puteri Sarah secara peribadi.

    “Tak sangka pulak tertwisted sampai macam tu sekali. Shu pun fans kak Farah dan kak Sarah at the first place macam orang lain, sikit pun tak rasa nak cari spotlight atau apa-apa untuk media headline.

    Shu dah personally mohon maaf dekat kak Sarah, dan saya memohon maaf secara terbuka kalau ada yang menghina atau kutuk kak Sarah untuk itu. Tak baik la. Kita mesti doakan yang baik-baik untuk orang, mesti Allah bagi yang baik-baik.”-tulis Shu lagi

    Sebelum ini, Shuhada pernah memberikan komen pada hantaran aktivis terkenal, Farah Lee yang baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Fuad padda 5 Januari lalu. Shuhada menitipkan ucapan tahniah kepada aktivis berkenaan serta memetik nama pelakon, Puteri Sarah yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

    Walaubagaimanapun, pelakon berkenaan telah menafikan hal tersebut dan akui rasa tidak selesa apabila namanya dikaitkan dengan spekulasi akan berkahwin semula.

    ALSO READ:  Komen Puteri Sarah ‘Sindir’ Aksi ‘Sweet’ Janna & Suami, Netizen Terhibur!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts