Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShuib Anggap Tahun 2024 Bukan ‘Luck’ Buat Perniagaan, Jadikan Kes Mahkamah Sebagai...

    Shuib Anggap Tahun 2024 Bukan ‘Luck’ Buat Perniagaan, Jadikan Kes Mahkamah Sebagai Pengajaran – ‘Saya Akan Beri Kerjasama & Tak Akan Lari’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelawak Shuib mengakui syarikat kendaliannya iaitu Bubblebee Sdn Bhd (Bubblebee) sedang berdepan dengan cabaran apabila terlibat dengan beberapa kes di mahkamah.

    Dugaan dalam berniaga

    Ketika ditemui , Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata, dia tidak menganggap setiap dugaan yang dilalui itu sebagai satu kegagalan dan sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus maju ke depan.

    Saya pasti akan ambil pengajaran dari apa yang berlaku dan akan lakukan penambahbaikan.

    Cuma sekarang ini (naik turun mahkamah dan sebagainya) adalah fasa dan lumrah perlu dihadapi mana-mana ahli perniagaan.

    Kalau nak kata saya gagal, saya masih belum (gagal) dan masih menggalas tanggungjawab dengan baik. Ramai juga staf saya yang nak saya fight sampai perkara ini pulih kembali.

    Allah itu Maha kaya, kalau Dia nak bagi, Dia bagi dan kalau Dia nak tarik, Dia akan tarik. Tapi saya percaya tahun ini adalah tahun yang tidak baik buat saya dan syarikat.

    Shuib berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media Bocey Comeback dan Dol’s Podcast yang diadakam di Restoran Saprah, Kuala Lumpur pada Jumaat.

    Tak seberat kehilangan arwah Sarah

    ShuibShuib

    Tambah Shuib, dugaan yang dilalui ketika ini tidak begitu berat jika hendak dibandingkan dengan kehilangan isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2021 lalu.

    Saya dah menghadapi pelbagai jenis dugaan. Saya dah ada macam-macam termasuk ada bisnes dan kewangan yang bagus tetapi Allah ambil isteri saya.

    Itu adalah dugaan yang paling berat dan apa yang saya lalui sekarang ini hanyalah dugaan kecil.

    Apa yang berlaku ini adalah sesuatu yang normal dihadapi seorang ahli perniagaan tetapi saya bukan nak normalisasikan tidak membayar segala faedah buat kakitangan atau cukai.

    Cuma saya harap dugaan yang saya hadapi ini tidak akan mengganggu perancangan saya untuk maju kedepan. Lagipun perniagaan bukan diboikot malah mendapat sambutan tinggi di terutama sekali Sabah dan Sarawak.

    Tak akan lari

    shuib mesinshuib mesin

    Dalam pada itu, bapa kepada empat orang ini menegaskan bahawa dia sama sekali tidak akan lari dari pertuduhan mahkamah dan akan sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak yang berkaitan.

    Tak mengapa, ini adalah cabaran dan kita bayangkan pada tahun 2025 akan ada banyak lagi perancangan dan kalau Allah izinkan saya akan bangkit.

    Yang selebihnya saya serahkan kepada peguam saya untuk jalankan tugas dan pihak pengurusan untuk uruskan beberapa perkara yang berkaitan.

    Apa yang perlu dibincangkan, saya akan berbincang dan kalau saya perlu naik turun mahkamah, saya akan pergi dan tak akan lari.

    Semalam, syarikat Bubblebee milik Shuib didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam atas enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta, tahun lalu.

    ALSO READ:  Semak & Bayar Cukai Tanah Dan Petak Dengan Mudah, Guna Portal Awam e-Tanah Selangor Sahaja!

    Shuib dan pengarah bersama Bubblebee Sdn Bhd, Koh Choon Guan mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan berasingan dikemukakan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts