Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentShuib Bawa Keluarga Beraya Ke Rumah Adik Miza, Netizen Doa – ‘Semoga...

    Shuib Bawa Keluarga Beraya Ke Rumah Adik Miza, Netizen Doa – ‘Semoga Hubungan Baik Ini Kekal Selamanya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ShuibShuib

    Pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi momen ketika dia berkunjung ke rumah kanak-kanak bernama Miza yang sebelum ini kisahnya tular apabila wajah dikatakan mirip dengan isterinya, penyanyi Allahyarham Siti Sarah.

    Beraya rumah adik Miza

    ShuibShuib

    Menerusi hantaran di Instagram, Shuib berkongsi foto bersama kanak-kanak tersebut ketika dia dan keluarganya pergi beraya ke rumah Miza yang terletak di Kedah, pada 3 Syawal lalu.

    Dalam hantaran itu, Shuib bersama isteri, Watie Hanifiah dan Miza menggayakan baju berona sama iaitu hijau muda.

    Sementara itu, ibu tiri kepada arwah, Siti Fatimah Suberi atau Makder berkata suaminya, Raisuddin Hamzah meluahkan rasa gembira apabila dapat berjumpa sekali lagi dengan kanak-kanak tersebut.

    Pertemuan itu sekali gus dapat mengubat rasa rindu terhadap arwah.

    Dari sebelum raya atok (Raisuddin) tanya bile boleh jumpa adik Miza. Saya bagitahu kita akan jumpa raya.

    Nak pergi ziarah selalu jauh sangat. 6 jam perjalanan nak ke rumah adik Miza. Kalu dekat boleh selalu datang. Dan untuk raya kali ini kami dapat berjumpa.

    Dalam pada itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas mendoakan hubungan baik yang terjalin itu kekal selamannya antara keluarga Shuib dan Miza.

    Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011. Bagaimanapun, Allahyarham meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3.

    Shuib kemudian mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  [HALAL] 9 Lokasi ‘Wajib’ Untuk Si Foodie Yang Nak Food Hunting Di Hatyai, Thailand!
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts